China Menggunakan 1 Billion Tentera Lipas Untuk Menjalankan Misi

China Menggunakan 1 Billion Tentera Lipas Untuk Menjalankan Misi

Lipas adalah haiwan perosak yang menggelikan tetapi di China, lipas tetap mempunyai kebaikkan apabila dimanfaatkan sebagai ‘angkatan bersenjata’ untuk berlawan dengan sampah sarap.

Setiap hari di tapak pelupusan sampah di Jinan ini, dianggarkan sebanyak 1 bilion ekor lipas digunakan untuk melupuskan 50 tan sampah domestik. Lebih tepat lagi, sampah-sampah ini digunakan sebagai sumber makanan kepada lipas-lipas berkenaan.

”Lipas adalah pencapaian dalam dunia bio-teknologi dalam membantu menguruskan sampah-sampah daripada dapur,” Liu Yusheng, Presiden Persatuan Industri Serangga Shandong.

Penggunaan lipas sebagai agen pelupusan sampah susulan larangan dikuatkuasakan oleh kerajaan terhadap pengggunaan sampah sebagai makanan kepada khinzir. Larangan ini disebabkan penularan wabak african swine di negara tersebut.

”Seperti menukarkan sampah kepada komoditi, menukar sampah kepada sumber” Li Hongyi, pengendali pusat pelupusan sampah menggunakan sampah, Shandong Qiao Bin Agricultural Technology Co Ltd.

Selain Shandong, terdapat banyak lagi tapak pelupusan sampah sedemikian di China antaranya dua pusat yang terletak di wilayah Sinchuan yang menempatkan kira-kira 3.5 juta ekor lipas manakala satu lagi kira-kira 6 juta lipas.

Menurut perubatan tradisional Cina, serangga seperti lipas mempunyai manfaat dalam dunia perubatan. Misalnya, minyak pati lipas dipercayai mampu melegakan masalah ulser, luka dan kaser perut.

Kewujudan pusat pelupusan sampah menggunakan lipas, wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan sekiranya haiwan perosak tersebut terlepas daripada kurungan.

Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, pemilik pusat pelupusan ini membina kolam ikan di sekliling pusat pelupusan sampah ini. Sekiranya lipas berkenaan telepas, ia terlebih dahulu menjadi makanan kepada ikan-ikan yang diternak tersebut.

Sumber: SIAKAP KELI