Comelnya! Kucing Belang Ni Penat Bermain Seharian Akhirnya Tidur Atas Kereta.

Comelnya! Kucing Belang Ni Penat Bermain Seharian Akhirnya Tidur Atas Kereta.

Apabila makhluk bernyawa kepenatan, sudah tentu mereka memerlukan rehat. Jika manusia, mereka akan mencari tempat tidur seperti di katil atau kerusi panjang. Manakala bagi kucing, jika tidak mempunyai tempat tidur disediakan untuknya, maka dia akan suka tidur di atas kereta, seperti kucing belang kelabu coklat ini

Apabila melihat kucing belang itu tidur terlentang, pemilik kereta ini memanggil nama kucing yang sedang terlena. Mungkin kerana sedang sedap tidur, maka dia tidak sedar langsung dengan panggilan itu.

Kemudian pemilik kereta menyentuh kucing belang ini dengan tangannya dan menyuruhnya bergerak. Dia terbangun dengan wajahnya yang terpisat-pisat, lalu berganjak meninggalkan bonet kereta.

 

Kasihan kucing belang ini. Dia kepenatan dan mahu tidur lagi sebenarnya. Apa pun, gayanya tidur di atas bonet kereta itu amat comel dan melucukan. Tidak ubah seperti manusia.

Sumber: ERA BARU