Semoga Mendapat Keadilan

Semoga Mendapat Keadilan

Apa yang aku ingin kongsikan harini ialah amalan2 sunat harian yang in shaa Allah akan menjadi topup bekalan kita di akhirat kelak. Kita masuk syurga bukan dengan amalan yang kita buat, tetapi dengan rahmat Allah. Tapi, macam mana nak dapat rahmat Allah kan kalau solat tak buat, puasa tak penuh, buat maksiat hari2. So, kita kena lah jaga semua amalan wajib kita and perbanyakkan amalan sunat kita. Semoga dengan amalan ini, Allah akan lebih kasih dan sayang akan kita dan pilih kita menjadi ahli syurga. Amin.

Berikut adalah amalan2 sunat yang boleh kita amalkan seharian.

1. Pertama sekali, solat tahajud. Mula2 memang agak susah nak buat, tapi lama2 in shaa Allah mudah. Mulakan sehari 2 rakaat dulu dan cuba untuk istiqamah sekali seminggu. Lepas tu up sikit 2 kali seminggu lepastu 3 kali seminggu sehinggalah kita berjaya latih diri buat setiap hari. Lepastu up sikit jadi 4 rakaat dan seterusnya. In shaa Allah, bila kita dah selalu buat, kita akan rasa berdosa sangat kalau tinggal sehari. Kalau nak cerita pasal kelebihan tahajud ni memang panjang. Aku cadangkan dengar ceramah2 ustaz tentang kelebihan tahajud.

Kalau aku, aku gemar dengar ceramah ust Adi Hidayat ngan ust Dusuki. Kalau ust Dusuki bnyk tentang sakaratul maut dan alam barzakh. Bila dah tahu betapa pentingnya amalan tahajud ni nak tolong kita saat nak mnghadap Allah nanti, In shaa Allah makin bersemangat nak bangun tahajud. Lagi satu, kit ani manusia yang memang sentiasa berhajatkan banyak benda jadi manfaatkan waktu tahajud ni untuk minta apa aja yang kita nak pada Allah. “Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.” (Imam syafie)

2. Solat sunat sebelum subuh. Dua rakaat je tak banyk pun. Ada satu hadis sahih yg mengatakan dua rakaat sebelum subuh tu lebih besar nilainya dari dunia dan seisinya. Mashaa Allah!! Sekaya kaya manusia di atas muka bumi ni, kaya lagi orang yang solat sunat sebelum subuh tau. Nabi muhammad pun tak pernah tinggal solat sunat ni dan baginda sangat menggalakkan umatnya buat jugak. Harini mungkin kita tak nampak tapi suatu masa nanti mungkin diakhirat amalan ni akan menolong kita ke syurga. In shaa Allah. Dulu masa aku mula2 berhijrah, aku cuba istiqamah amalan ni dulu sebab liat sangat nak bangun tahajud. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

3. Baca ayat qursi selepas setiap kali solat fardhu. Mashaa Allah mudah sangat amalan ni tapi fadhilat nya subhanallah besar sangat la. Antara hadis yang selalu disebut oleh ustaz tntang kelebihan amalan ini ialah “sesiapa yang membaca ayatul kursi setiap kali selepas solat, maka jaraknya dengan syurga hanyalah kematian”. Aku banyak dengar hadis ni dalam ceramah ustaz2. So saya jadi cuba buat walau tergesa macam mana sekalipun. Sapa je tak nak syurga kan.

4. Baca surah Al-mulk sebelum tidur. Yang ni sangatlah penting sebab kita semua akan mati. Dan bacaan Al-mulk ni yang akan menjadi pendinding kita di alam kubur. Ngerinya alam kubur nanti hanya Allah je yang tahu. Kalau malas sangat nak bukak quran nak baca, aku akan bukak mp3 dan mainkan pastu aku ikut. In shaa Allah, lama2 kita akan hafal surah ni. Tak panjang mana pun. Inshaa Allah semua orang boleh. Kita dekat dunia ni duduk dalam gelap pun dan cuak, apatah lagi dalam kubur nanti yang gelap gelita dan takde dah ruang kita nak lari. Allahu, allah je yang tahu suasan alam kubur tu macam mana. Aku kongsi sebab nak ajak semua pembaca buat jugak. Nak istiqamah tu memang sakit tapi kita cuba n pujuk diri “Kalau semalam aku tak buat, aku mesti kena buat harini!” Atau “Aku dah baca semalam, tapi aku tak tahu mungkin ajal aku malam ni, so aku kena buat lagi malam ni!”

5, Akhir sekali bacaan Al-mathurat. Yang ni lazimnya dibaca dua kali lepas subuh dan asar. Tapi kalau tak mampu sekali cukuplah and bila2 masa pun boleh. Ada dua, mathurat kubra dan mathurat sughra tapi aku biasa amal yang sughra je iaitu yang pendek sebab aku hafal yang tu je. Aku sangat syorkan semua untuk amal al mathurat setiap hari dan kalau boleh hafal sekali. Mula2 hafal permulaan al-mathurat tu mula dari al fatihah sampai 3 qul Pastu slow2 hafal Zikir2 tu plak. zikir tu pun penting jugak sebab banyk doa2 dalam tu mcm doa pelindung diri, doa murah rezeki dan macam2 lgi lah. Lagipun bila dan hafal, sambil bawak kereta ke motor tu boleh la sambil baca al-mathurat, tak de lah buang masa kan lgpun dlm mathurat tu pun ada mcm2 doa.

6. banyakkan berdoa. Ni aku nak share doa yang Rasulullah share dekat sahabat. Hebat sangat doa2 ni. Bila nabi sendiri yang bagi doa ni, maksudnya doa ni sangat penting untuk kita dan sangat hebat fadhilatnya.

i- Doa ni nabi suruh baca selepas tahiyat akhir sebelum bagi salam. Kita hidup akhir zaman perlu sangat doa ni agar kita dijauhkan dari sekecil-kecil fitnah sehinggalah sebesar-besar fitnah iaitu fitnah dajjal.
للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ”
Ya Allah aku berlindung dari-Mu daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada fitnah al-masih al-Dajjal.

ii- ni doa yang Rasulullah ajarkan pada muadz bin jabal. Ni doa meminta agar Allah bagi kita kekuatan untuk beribadah dan sentiasa mengingatinya. Kadang2, kita tahu solat Jemaah di masjid tu lebih besar pahala berbanding dekat rumah tapi kita tetap jugak tak berjemaah. Kenapa? Sebab kita taka da kekuatan nak pergi ke masjid. Sebab tu kalua boleh jangan tinggal do ani supaya kita sentiasa diberikan kekuatan untuk sentiasa mengingati Allah dan beribadat kepada-Nya. Amalkan do ani setiap kali selesai solat.

اَللّهمَّ اَعِنِّيْ عَلىَ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya Allah, tolonglah aku untuk berdzikir kepada-Mu, bersyukur dan beribadah dengan baik kepada-Mu.”

Itu sahaja yang aku mampu kongsikan buat kali ini. Maaf andai confession aku terlalu panjang. Aku kongsi bukan sebab aku baik, tapi aku kongsi sebab aku nak kita semua sama2 menjadi baik. Andai ada salah atau penambah baikkan korang boleh kongsi jugak di ruang komen. Semoga kita sama2 peroleh manfaat. Semoga matinya kita, tapi hidupnya perkongsian ilmu2 dari kita.

Mula slow2, nak istiqamah tu memang makan masa. Iman manusia ni ada turun naik, so kerajinan nak beribadah tu bukan setiap masa datang. Ada masa malas jugak. Sama macam aku. Time rajin tu buat. Time malas paksa diri untuk buat mana yg mampu. kalau tak mampu buat semua jangan tinggal semua. Semoga Allah kuatkan kita semua untuk terus beribadah. Amin.

Akhir sekali, aku nak mengajak semua orang untuk sentiasa menambah ilmu dengan menghadiri majlis2 ilmu. Kalau tak sempat nak pergi masjid atau join daurah dekat mana2, bukak radio atau youtube dengarlah ceramah dekat situ. Macam2 ceramah yang kita boleh dengar. Antara ustaz yang aku suggestkan korang dengar ceramah diorang antaranya Ustaz Ahmad Dusuki, Ustaz Wadi Anuar dengan Ustaz Jafri. Kalau dari indonesia, aku suka ceramah Ustaz Adi Hidayat, Ustaz Abdul Somad, Ustaz Khalid Basmalah dengan Ustaz Hanan Attaki. Tak bermaksud ustaz2 lain aku tak suka, Cuma kalau dekat youtube nilah nama2 ustaz yang aku cari. Aku cuma kongsi.

2