Dalam Masa 2 Bulan Kucing Ini Menjadi Sado Hanya Dengan Makan Ikan Segar

Dalam Masa 2 Bulan Kucing Ini Menjadi Sado Hanya Dengan Makan Ikan Segar

Setiap pemilik haiwan pastinya ingin berada di sisi haiwan peliharaan masing-masing untuk sepanjang masa. Namun, kehidupan bekerja tidak membenarkan kita untuk melakukannya jadi kadangkala kita terpaksa meninggalkan haiwan kesayangan sendirian di rumah.

Begitu juga dengan netizen ini. Sebelum melakukan persiapan untuk ke luar negara bagi urusan pekerjaan, dia telah meminta rakan baiknya untuk menjaga kucing kesayangannya.

Rakannya dengan hati yang terbuka menerima permintaan netizen berkenaan dan mendengar segala penjelasan netizen tersebut tentang kelakuan serta gaya hidup kucing kesayangannya itu.

Gambar di bawah menunjukkan kucing kesayangannya sebelum dia pergi ke luar negara.

Dua bulan kemudian apabila dia pulang daripada tugasan di luar negara, perkara pertama yang dilakukannya adalah untuk pergi mengambil kucing kesayangannya.

Namun, sebaik sahaja dia melihat kucing tersebut, dia hampir jatuh terduduk kerana kucingnya kelihatan sangat berbeza berbanding dua bulan lalu…

Rakannya menjelaskan bahawa kucing itu tidak mampu mengadaptasi dengan persekitaran baru serta tidak mahu makan makanan yang selalu diberikan. Oleh itu, rakan netizen ini yang bimbang dengan keadaannya terpaksa memasak hidangan ikan segar setiap hari untuk kucing itu.

Semenjak itu, kucing ini sangat sukakannya dan akan makan sehingga licin. Malah, kucing ini sudah tidak mahu memakan makanan kucing seperti kebiasaan.

Walaupun netizen ini bersyukur kerana rakannya berjaya menjaga kucing kesayangannya dengan baik, dia tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya akan keadaan tubuh kucingnya itu.

Ia sama seperti apabila menghantar anak-anak kita ke rumah datuk dan nenek mereka. Pulang sahaja daripada rumah datuk dan nenek, kita dapat melihat perubahan yang ‘besar’ pada anak-anak. Itu juga yang terjadi kepada kucing ini.

Nampaknya, netizen ini perlu memikirkan cara terbaik dalam mengembalikan semula bentuk badan kucing yang ideal. Lucu dan comel!

Sumber: ERA BARU

1