Daripada Perak Ke KL Berbasikal Akhirnya Selamat Sampai

Daripada Perak Ke KL Berbasikal Akhirnya Selamat Sampai

Sebelum ini, tersebar satu video di mana ada seorang pakcik yang katanya berbasikal tua dari Kampar Perak ke Kuala Lumpur hanya semata-mata demi Himpunan kesyukuran meraikan penolakan ICERD.

Hafizul Arifin, 53 tahun selamat tiba di sini, petang semalam dan ternyata bersemangat mengikut himpunan ini apabila hadir ke himpunan itu di Dataran Merdeka pada tengahari ini, meskipun masih penat.

Katanya, beliau mengayuh basikal pada hari Rabu lalu pada jam 4 pagi dari Kampung Malim Nawar tiba di Kuala Lumpur pada jam 6 petang semalam.

“Alhamdulillah, selamat tiba, terima kasih kepada teman-teman yang memberi kata semangat untuk Pak Long terus mengayuh agar sampai ke himpunan ini,” katanya.

Pak Long berkata ada sebab mengapa beliau memilih untuk mengayuh basikal tua dari Kampar untuk ke himpunan ini.

“Pesanan Pak Long bersatu demi Islam… Sebab apa saya naik basikal tua ini mengingatkan perjuangan orang kita dahulu.

“Mereka pertahankan Melayu Islam hingga sekarang bagaimana kesusahan bergerak, jadi Pak Long terpanggil mengayuh basikal itu membawa inspirasi dan buat kekuatan kita semua,” katanya yang memberitahu bahawa usia basikal itu sudah 60 tahun.

Dalam pada itu tatkala berkongsi kisah perjalanannya dia mengatakan bahawa dia hanya berhenti berehat di masjid untuk menghilangkan lelahnya mengayuh.

“Cuma alhamdulillah, nasib Pak Long baik apabila sampai di Kuala Lumpur ada hamba ALLAH yang menyediakan hotel buat Pak Long,” akhirinya.

Perhimpunan aman yang disertai peserta berbaju putih ini dijangka bermula jam 2 petang  – OH MEDIA

1