Dengan Penuh Adab Kucing Minta Sikit Makanan Pada Lelaki Ini

Dengan Penuh Adab Kucing Minta Sikit Makanan Pada Lelaki Ini

Kucing merupakan haiwan yang memiliki personaliti manja secara semula jadi. Selain raut wajah yang comel, kucing merupakan salah satu haiwan yang menjadi pilihan ramai untuk dipelihara.

Tidak kiralah sama ada kucing baka kacukan mahupun kucing jalanan yang terbiar, setiap kucing memiliki sifat manjanya yang tersendiri.

Apa yang membuatkan kucing menjadi lebih manja adalah apabila haiwan ini sedang kelaparan. Malah, seolah-olah mengetahui kecomelan mereka mampu menawan hati manusia, kucing di dalam video ini telah melakukan sesuatu yang amat melucukan untuk ditonton!

Seorang lelaki dilihat sedang menikmati makanannya di sebuah gerai manakala kucing berbulu jingga dan putih ini pula sedang menunggu di tepi sambil memandang lelaki itu.

Pada awalnya, lelaki yang sedang makan itu langsung tidak menyedari kewujudan si comel ini. Justeru, kucing itu telah melakukan sesuatu demi menarik perhatian lelaki berkenaan.

Kucing berkenaan telah menyentuh siku lelaki tersebut dengan tapak kakinya yang gebu dan comel! Malah, kucing ini turut memandang tepat ke arah lelaki terbabit seolah-olah ingin berkata:

“Abang, boleh berikan saya sedikit makanan? Saya lapar…”.

Setelah berkali-kali ‘disapa’ oleh si comel itu, lelaki ini akhirnya jatuh hati dan mula mengongsikan makanannya dengan kucing yang manja ini. Bukan sahaja manja tetapi sopan! Jarang sekali kita dapat melihat ada kucing sebaik ini ketika meminta makanan.

Jikalau anda yang berada di tempat lelaki ini, pasti anda juga akan cair melihat ‘panahan cinta’ yang terpancar saat kucing ini menatap mata anda. Comel sungguh!

Sumber: ERA BARU

 

1