Dengan Selamba Kucing Ini Tidur Atas Pagar Berduri

Dengan Selamba Kucing Ini Tidur Atas Pagar Berduri

Kedengaran pelik dan aneh tapi inilah fakta yang berlaku kepada kucing anda. Perasan tak, pagar orang kaya selalunya akan dipasang benda tajam untuk mengelakkan perompak daripada memecah masuk rumah tapi ia menjadi tempat tidur sesetengah kucing.

Ianya bermula di jepun apabila orang memasang pagar berduri untuk mengelakkan haiwan daripada memanjat masuk ke rumah namun segala usaha mereka menjadi sia sia apabila kucing sudah berevolusi daripada takut menjadi berani untuk memanjat pagar berduri ni.

Walaupun ada yang tajam dan melukakan kucing anda namun kucing menjadi kan ia tempat untuk berehat dan untuk mengurut tubuh badan mereka. Ini adalah buktinya

Kucing gemuk yang berbulu tebal ini dirakam telah tidur dengan selesa di atas pagar berduri. Walaupun setiap satu sangat tajam namun ia mampu tidur dengan selesa dan menjadiakan setiap duri itu untuk massage badan dia. Orang yang lalu di kawasan ini sangat terkejut kerana mereka memikirkan kucing itu telah mati kerana terjatuh tapi hakikatnya kucing itu hanya tidur sahaja.

Bukan hanya kucing dewasa sahaja yang suka tidur atas benda tajam, anak kucing juga memilih kawad berduri ini untuk tidur dan berehat atas nya. Adakah disebabkan bulu mereka yang tebal mereka tak rasa sakit tapi sangat selesa tidur di atasnya?

Kawad berduri ini dibeli untuk menghalang kucing keluar tapi malangnya menjadi tempat tidur kucing. Pelik bin ajaib betullah.

Ini lagi lah real mentang-mentang perut gedebeh. Boleh pulak dia tidur dengan selesa macam tak ada apa-apa. Kucing anda pun macam ni ke?

Kalau anda suka dengan artikel kucing kami tolong like, comment dan paling penting share ke dalam wall anda- DUKU LANGSAT

 

3