Dia Berdiri Seperti Manusia Kerana Badannya Terlalu Gemuk

Dia Berdiri Seperti Manusia Kerana Badannya Terlalu Gemuk

Pencinta kucing di seluruh dunia telah jatuh cinta dengan kucing gempal ini, dan terus terang, anda juga pasti akan jatuh cinta dengannya. Bruno, seekor kucing Rusia berusia tujuh tahun yang memiliki jari tambahan dan mata berwarna hijau. Dia akan berdiri untuk meminta makanan.

Dengan berat 25 paun, Bruno dikenali sebagi kucing yang gempal. Jika dia lapar, dia akan berdiri untuk meminta makanan. Siapa yang sanggup untuk tidak memberinya makanan apabila melihatnya berdiri di kaki dengan matanya yang comel.

Mungkin itulah sebabnya dia begitu berisi dan gempal, tiada siapa yang sanggup untuk tidak memberinya makan. Selain itu, dia juga merupakan seekor kucing polydactyl, dilahirkan dengan lebih daripada bilangan jari kaki yang biasa.

Keluarganya menyayanginya, tetapi Bruno tidak dapat menyesuaikan diri dan bermain dengan baik bersama anak-anak tuannya. Jadi, pada bulan April, mereka menyerahkannya ke Wright-Way Rescue Adoption Center di Morton Grove, pinggir bandar Chicago.

Apabila kisah dan gambarnya menjadi tular, pusat itu telah menerima permohonan daripada orang ramai untuk ambil memeliharanya dan yang mengejutkan adalah terdapat orang Australia turut berminat untuk memeliharanya. Namun, pusat itu akan menapis dahulu permohonan-permohonan tersebut, dia tidak akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anjing, anak kecil dan keluarga yang mahukan seekor kucing yang tidak bising. Ini adalah kerana Bruno tidak akan dapat menyesuaikan dirinya.

Sesiapa yang memeliharanya perlu memberi sepenuh perhatian terhadapnya dan perlu tahu apa yang dia tidak suka. Sebagai contoh, dia hanya suka bermain dengan satu mainan, tongkat bulunya. Dia suka didekati, tetapi tidak terlalu dekat, dan anda hanya dibenarkan untuk mengusapnya di tempat yang ditetapkan.

Dia tidak akan minum air di dapur, tempat yang sama makanannya diletakkan. Dia hanya minum air yang diletakkan di tempat berbeza. Jika anda mempunyai sebuah rumah yang lebih besar, anda perlu letakkan beberapa mangkuk air di sekelilingnya dan pastikan memberinya minum air yang bersih atau air mineral. Dia juga sangat khusus mengenai waktu makan.

Terima kasih kepada semua perhatian Bruno yang diterima dari seluruh dunia, Dia secara rasmi tinggal bersama ‘ibu bapa’ barunya. Fakta yang menyeronokkan: Tuannya menulis lagu khas untuk merayu kepada pusat itu supaya permohonannya untuk memelihara Bruno dipertimbangkan.  Ternyata, Bruno sangat diminati oleh ramai orang di seluruh dunia.

Sumber: ERA BARU

2