Dia Menangis Sebab Tiket Bola Dah Habis

Dia Menangis Sebab Tiket Bola Dah Habis

Kemunculan ‘ulat tiket’ selepas tiket perlawanan final pertama Piala AFF Suzuki 2018 habis terjual pada pagi Ahad sudah dijangka.

Melalui pemerhatian mStar Online di dua platform portal jual beli popular, ulat-ulat tiket mula menawarkan tiket tersebut pada harga serendah RM50 hingga RM250.

Hal demikian dikatakan menjadi punca tiket habis dijual dalam waktu singkat gara-gara wujud individu tidak bertanggungjawab yang membeli dalam kuantiti banyak dengan tujuan untuk dijual balik pada harga tinggi.

Malah dalam perkongsian seorang individu, seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 10 -12 tahun menangis teresak-esak dek kerana tidak sempat membeli tiket kerana habis.

Video yang dikongsikan oleh halaman Facebook HarimauMalaya itu turut dikongsi sebanyak 572 shares dan 2.2 likes sementara seribu lebih komen.

Jika lihat kepada video itu sebenarnya agak menyedihkan juga bila lihat kesungguhan budak lelaki dengan usia sebegitu menangis sebab tak dapat tiket.

Namun apa yang mencuit hati, komen netizen masing-masing takleh ‘ blah’ apabila rata-rata duk membahan budak itu.

” Adik xde tiket ke..abg selaku seorang yg bertanggunjawab dan prihatin..nanti hari selasa ni meh stadium jumpa abg..kita ngangis sama2..” komen netizen bernama John Lemon

Bagaimanapun ada seorang netizen telah tampil diruangan komen dengan menyatakan kesediaan untuk memberi 2 tiket percuma kepada adik ini.

Jom baca apa komen netizen

” HarimauMalaya Budak tu nangis dah sedih dah, muzik lepas tu yang buat syahdu, 2 kali nangis siap pakej meraung la lepas dengar…”

” Mohdrizwan Arsad tngok tv je dik…yg best nye ad ulang tayang..1 biji gol 3 kali bsorak..3 bji gol dah 9 kali sorak..”

” Yudhiistiran Perumal Dik jom ikut abg menyamar sbg pengutip sampah. Boleh masuk stadium dik. X payah q pun. Nak ikut Tak. Abg sembunyikan adik dlm tong sampah ijau yg boleh tarik…”

” Aidil Ashraff Abg masa umur mcm adik stadium pun tk tau…hanya ada tora ding dang tikam dayak dik bercukurla…ada tiket tk tu?ahahaha..”

” Park Joo Bo Adik klu x dpt tiket adik katok kepala minah ni dlu.babi rembat smpai 200..org nk tgk bola bkn nk ambik kesempatan buat bisness bahlol Tengku Nurqaleesya Amaniena..”

Jom lihat video di bawah

Dalam pada itu, media turut melaporkan harga asal bagi sekeping tiket yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah RM40 bagi tempat duduk terbuka, RM50 bagi grandstand dan RM5 untuk kanak-kanak.

Pelbagai alasan yang dinyatakan ulat tiket pada butiran iklan di portal tersebut.

Seorang pengguna akaun portal terbabit menawarkan dua tiket untuk dilepaskan dan meletakkan harga RM250 kerana penat beratur untuk mendapatkannya.

“Dua tiket untuk dilepaskan. Penat beratur… ambil upah mahal sedikit,” tulisnya pada iklan yang dimuat naik pada petang Ahad itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada harga tersebut untuk dua keping tiket atau hanya satu tiket.

Seorang lagi ulat tiket ingin menjual empat tiket pada harga RM150 kerana tidak dapat menghadiri perlawanan tersebut.

Sementara itu, seorang ulat tiket lain meletakkan harga RM120 bagi sekeping tiket final tersebut selepas mengambil kira masa beratur dan tidur di Stadium Nasional Bukit Jalil sejam Sabtu malam.

“Saya ada lebih tiga keping tiket final AFF Suzuki. Sekeping tiket RM120 termasuk caj beratur, tidur di stadium, masa dan petrol.

“Abaikan jika rasa mahal. Tiada paksaan untuk beli,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, ada juga yang berani menjadikan beberapa laman web jual beli sebagai platform menjual tiket pada harga mencecah sehingga RM500.

Jual tiket harga macam Yahud1

Instagram selangorfans_official pula menyifatkan sikap mereka yang menjual tiket pada harga tinggi sebagai ‘Yahud1’.

Media sosial ­seperti Facebook, Intragram dan Twitter menjadi platform popular untuk jualan tiket secara haram atau lebih dikenali sebagai ‘ulat tiket’.

Bagaimanapun, gejala ini sukar dibendung kerana terdapat segelintir pihak yang sanggup membeli pada harga berlipat kali ganda lebih mahal demi merasai suasana perlawanan tanpa perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket.

Sekiranya, tiada permintaan sudah tentu penjualan tiket ha­ram tidak akan berlaku.

Kebanyakan penyokong juga lebih mudah meletakkan ke­salahan sepenuhnya di bahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila gagal mendapatkan tiket sedangkan Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak mungkin dibenarkan menampung sehingga 100,000 penonton.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews

Kredit: FB Harimaumalaya

1