Dia Sampai Terberak Dan Terkencing Disitu Sebab Sakit

Dia Sampai Terberak Dan Terkencing Disitu Sebab Sakit

Md Nazry memberitahu, dia takut melihat kucing itu yang dalam keadaan separuh m4ti

“Saya betul-betul rasa takut tengok kucing tu dalam keadaan separuh m4ti, tercungap-cungap sehingga terkencing, terberak di situ.

“Saya dan jiran-jiran sudah hubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetapi mereka tak berani bantu kerana takut dikatakan menceroboh.

“Kami dah hubungi tuan rumah, tetapi dia balik lambat, jadi kami terpaksa buka jek hidraulik pintu pagar untuk selamatkan kucing itu,” kata Md Nazry ketika dihubungi.

Operasi menyelamat mengambil masa hampir 45 minit dan kucing itu segera dibawa ke Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk rawatan lanjut.

Menurut doktor, peluang untuk ‘Gate’ pulih amat rendah kerana ia melibatkan tulang belakang dan doktor memberi ubat untuk merawat bengkak

Md Nazry berkata pihak hospital masih belum dapat buat imbasan X lagi kerana mesin di UPM rosak dan tempat lain masih tutup kerana cuti umum. Md Nazry yang juga memiliki lima ekor kucing berkata buat sementara ini, dia akan memelihara ‘Gate’ sehingga kucing itu sembuh.

“Kos rawatan di hospital UPM saya dah bayar, tetapi nanti saya bercadang untuk buka tabung perubatan Gate.

“Selepas semuanya baik, mungkin saya akan buka kepada mana-mana pihak yang mahu memeliharanya,” katanya.

Bagaimanapun, pagi tadi Md Nazry melalui akaun Facebook miliknya memberitahu bahawa sesuatu yang mengejutkan telah berlaku kepada ‘Gate’

Sumber: SAYS

1