Doktor Beritahu Tulang Punggung Awak Dah Tak Ada

Doktor Beritahu Tulang Punggung Awak Dah Tak Ada

Kisah pasal tuah (nama diberi) seekor kucing yang istimewa..

Gambar pertama


Masa ini saya pergi kedai makan terjumpa anak kucing nie, sangat la kotor dan kelaparan. Anak perempuan saya dukung dia sebab dia memang suka kucing, dia bagi kat saya dan saya bagi minum dan makan..lepas itu dia terus tidur dekat kaki saya dari situ saya rasa syahdu dan sedih saya cuba kuat dan nak bela dia nak bawa balik.

Gambar kedua


Sampai je rumah saya turus mandi kan dia lepas itu saya baru perasan tangan dan kaki dia semua ada 6 jari dan dia jalan hanya menggunakan 2 belah tangan. Saya rasa susah hati dan kesian melihat dia. Saya buatkan dia kereta roda hanya sementara supaya dia senang bergerak..alhamdulillah dia suka sangat, saya rasa gembira sangat..

Gambar ketiga
Saya bawa dia pergi klinik untuk tahu apa masalah dia dan kenapa jalan macam itu. Sampai di klinik, saya cerita mula-mula saya jumpa dia dan doktor cakap dia ini kena langgar tulang bontot pun dah tak ada. Sebab tu kaki dia tak boleh jalan dan perut dia itu lembik sebab sarung usus dia pecah, tapi tak ada masalah cuma jangan bagi luka atau terkoyak ye kak. Kalau terkoyak nanti usus dia terus terburai, doktor cakap kaki awak tak akan pulih lagi. Awak akan jadi cacat kekal 😭😭. Tapi tak apa allah yang merancang semua itu, kita terima ye. Balik je klinik saya terus bagi makan ubat.

Gambar terakhir
Lepas doktor cakap macam-macam mama terus risau takut perut awak itu terkoyak. Mama terus buat balik kereta roda yang cantik dan selasa untuk awak. Mama dah janjikan nak buat lain untuk awak.

Alhamdulillah allah bukak kan hati mama untuk sayang dan jaga awak..kita sama-sama usaha ye. Semoga awak dapat membesar dengan sihat..😘
Mama tahu awak kuat💪..sebab itu awak boleh hidup lagi mcm ini, mungkin itu  rezeki awak melihat dunia lagi..☺️

Nie la kisah kucing saya yg istimewa itu. Semoga saya kuat jaga awak ye sayang ..kita sama2 berusaha dan berdoa..

4