Dua Ekor Anjing Menolong Orang Tuanya Mengangkat Barang

Dua Ekor Anjing Menolong Orang Tuanya Mengangkat Barang

Anjing merupakan haiwan yang sangat setia kepada tuannya, seperti dua ekor anjing ini yang setia membantu tuannya membawa peralatan untuk berniaga.

Dalam video 10 saat yang dirakam oleh penumpang pengangkutan awam, seorang lelaki tua dilihat berjalan di tepi jalan raya yang sesak sambil menolak kereta sorong yang kelihatan sangat berat. Kereta sorong itu penuh dengan kotak buah-buahan dan beliau kelihatan seperti sedang mengalami kesukaran untuk menolak kereta sorong tersebut.

Lelaki tua tersebut menolak kereta sorong berat yang sarat dengan buah-buahan. Beliau kelihatan agak menyedihkan kerana tidak ada orang lain yang menolongnya tetapi selepas beberapa saat, dua ekor anjing dapat dilihat dalam video itu berjalan di belakang lelaki tua itu. Lelaki tua tersebut tidak bersendirian! Beliau sebenarnya ditemani oleh dua ekor anjing yang membantu membawa peralatan berniaganya.

Dua ekor anjing tersebut dengan sabar berjalan di belakang lelaki tua itu sambil membawa bakul

Dua ekor anjing itu dilihat masing-masing membawa bakul biru dan kelabu. Mereka berjalan di belakang mengikut kelajuan lelaki tua tersebut dan perlahan-lahan mengikutinya dari belakang.

Dua ekor anjing itu pasti tidak sanggup melihat lelaki tua tersebut bersendirian bekerja keras mencari rezeki yang halal dan memutuskan untuk membantunya membawa bakul.

Jika lelaki tua itu bergerak perlahan, mereka akan bergerak perlahan juga

Ramai orang memuji lelaki tua itu kerana membesarkan anjing yang berkelakuan baik dan sangat mahir! Mujur beliau memiliki anjing yang begitu setia dengannya malah sanggup membantunya berniaga.

Sumber: ERA BARU

1