Dua Sahabat Baik Jatuh Cinta Antara Satu Sama Lain

Dua Sahabat Baik Jatuh Cinta Antara Satu Sama Lain

Louie dan Luna diselamatkan secara berasingan oleh pusat perlindungan haiwan tetapi telah bertemu dan menemui perlindungan di antara satu sama lain. Kedua-dua kucing ini tidak boleh dipisahkan. Seperti yang anda lihat, mereka dilamun cinta!

Louie dan Luna bertemu di STAR Rescue di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat dan ia adalah cinta pandang pertama. Mereka sentiasa berpautan antara satu sama lain dan tidak mahu melepaskan. Bapa angkat mereka, James berkata Luna itu yang berbelang oren dan Louie pula berwarna coklat Maine Coon.

James telah mengambil kedua-dua kucing ini dan mengetahui yang mereka sangat rapat. Nampak jelas yang Louie dan Luna menyukai antara satu sama lain lebih dari mereka menyukai keluarga angkat manusia yang mengambil mereka.

James dan teman wanitanya telah ke pusat perlindungan haiwan mencari anjing untuk belaan, akan tetapi sebaliknya mereka menemui Louie dan Luna untuk dipelihara. James berkata, oleh kerana dia dan teman wanitanya bekerja sepenuh masa dan mereka tinggal di dalam pangsapuri, maka memelihara kucing adalah pilihan terbaik.

James pernah memelihara kucing seumur hidupnya dan tahu bagaimana membuat kucing peliharaan barunya ini berasa selesa dan gembira. Apabila teman wanita James melihat Luna, serta merta beliau telah jatuh cinta dengan kucing tersebut.

Dua minggu kemudian, mereka kembali ke pusat perlindungan itu untuk mengambil Luna, tetapi Luna tidak mahu pergi tanpa Louie di sisinya.

Pasangan kekasih itu kemudian membuat keputusan untuk mengambil Louie bersama dan beberapa jam selepas itu mereka menyedari yang Luna dan Louie tidak boleh dipisahkan. Mereka tahu kini yang mereka tidak boleh meninggalkan Louie bersendirian.

Seminggu kemudian, dengan rasminya pasangan ini mengambil Louie sebagai ahli keluarga baru mereka.

James berkata, kedua-dua kucing ini melakukan segalanya bersama. Kucing yang diselamatkan ini lebih menyayangi dan menghargai manusia yang mengambil mereka lebih dari segalanya.

Terutama apabila mereka tinggal dalam jangka masa yang lama di pusat perlindungan yang telah membentuk satu ikatan kasih sayang.

Sumber: Era Baru

1