Esok Sepatutnya Kita Balik Kampung Untuk Persiapan Hari Perkahwinan Kita

Esok Sepatutnya Kita Balik Kampung Untuk Persiapan Hari Perkahwinan Kita

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita sedih apabila hero negara, Muhammad Adib Mohd Kassim pergi menghadap penciptanya. Beliau yang cedera  akibat diseerang oleh sekumpulan perusuuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada November lalu.

Terbaru, tunang arwah, Nurul Najihah meluahkan isi hatinya yang hiba, apabila mereka seharusnya melangsungkan perkahwinan mereka pada Sabtu ini terpaksa dibatalkan atas pemergian arwah menerusi Instagram miliknya.

Esok kita sama-sama cuti untuk balik kampung untuk wedding kita. Ya abang, kita balik. Kita balik sama-sama. 18/12/2018 hari kita balik drive. Tapi, orang balik juga dengan abang tapi abang dalam keadaan kaku. Tenang la kamu, setenang orang tengok kamu tadi.

Kad jemputan telah pun diedarkan kepada orang ramai

Kad jemputan perkahwinan nurul najihah dan muhammad adib telah pun diedarkan kepada orang ramai untuk turut hadir meraikan perkahwinan mereka  pada 22 december 2018. Tapi apakan daya jodoh, pertemuan itu semua terletak pada tangan Allah tuhan yang maha esa. Muhammad Adib wira negara telah pun meninggalkan kita semua dalam keadaan yang teramat sedih.

Selepas kejadian tersebut, ramai yang melahirkan rasa hiba dan simpati terhadap apa yang terjadi serta menuntut pembelaan yang sewajarnya kepada si pelaku. Foto kad undangan mereka juga turut tersebar di media sosial.

Kami di Duku Langsat turut mengucapkan takziah buat keluarga mangsa atas pemergian arwah. Semoga Arwah Adib ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah pada arwah muhammad Adib

 

 

2