Gadis Ini Menyanyikan Lagu Buat Kali Terakhir Sebelum Kucingnya Pergi Tinggalkan Dunia

Gadis Ini Menyanyikan Lagu Buat Kali Terakhir Sebelum Kucingnya Pergi Tinggalkan Dunia

Bailey merupakan kucing yang luar biasa. Gadis-gadis kecil ini telah menerima begitu banyak sokongan daripada orang ramai selepas Bailey meninggal, yang membuktikan bahawa Bailey bukan seekor kucing yang biasa.

Kedua-dua gadis kecil ini dari Illinois di Amerika Syarikat telah menerima sokongan yang meluas dalam bentuk hadiah dan kad dari seluruh dunia selepas kucing kesayangan mereka, Bailey meninggal sebelum Krismas yang lalu.

Ibu mereka, Erin Merryn, berkongsi siri gambar yang menyentuh perasaan di Instagram yang menunjukkan dua orang anak perempuannya menerima mesej dari Perancis, Sweden, New Zealand, Scotland, Belanda, Kanada, Argentina, Jerman, Australia, Filipina, UK , Itali, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Bersama-sama dengan gambar-gambar yang disertakan, Puan Merryn mengatakan sangat tersentuh bahawa Bailey telah memberi kesan yang mendalam terhadap ramai orang di seluruh dunia dan membuktikan bahawa nilai kemanusiaan masih lagi wujud di dunia ini.

Erin menemui Bailey semasa beliau berada di universiti, dan ketika itu Bailey masih kecil. Erin memelihara Bailey secara rahsia di asramanya kerana pihak asrama tidak membenarkan para pelajar memelihara haiwan. Erin tidak menjangka Bailey mempunyai personaliti yang berjaya menambat hatinya sehingga sukar untuknya melepaskan Bailey.

Namun, kehadiran Bailey di asramanya berjaya dikesan oleh pihak pengurusan asrama dan Erin terpaksa menyerahkannya kepada jirannya untuk dijaga buat sementara. Tetapi, Bailey tidak serasi dengan pemilik barunya itu. Erin bernasib baik kerana berjaya memujuk ibu bapanya untuk menerima kehadiran Bailey dalam keluarga mereka.

Selepas Erin berkahwin, Bailey dapat menerima anak-anak Erin dan Bailey seolah-olah seperti ‘abang’ kepada mereka. Perhubungan mereka menjadi sangat rapat. Ikatan yang rapat seperti sebuah keluarga.

Bailey yang merupakan seekor kucing jantan dianggap sebagai kucing yang sangat istimewa oleh Erin dan beliau mahu berkongsi personaliti istimewa Bailey kepada orang di seluruh dunia. Bailey No Ordinary Cat menjadi sensasi internet apabila video dan gambarnya bersama ‘adik-beradiknya’ tersebar meluas di internet.

Dengan 93,000 pengikut Instagram dan lebih daripada 54,000 pengikut di Facebook, ini membuktikan betapa popularnya Bailey yang memiliki peminat di seluruh dunia.

Puan Merryn telah berkongsi beratus-ratus gambar dan video yang menyentuh hati serta memberi kesan yang mendalam tentang cinta Bailey untuk keluarganya dan apa yang mereka miliki untuknya.

Video anak perempuan sulung Erin, Abby bernyanyi kepada Bailey, gambar anak-anaknya mengenakan pakaian bersama Bailey, memandikannya, membawanya berjalan-jalan dengan kereta kecil mereka, menghias pokok Krismas dan pelukan yang penuh kasih sayang dapat dilihat oleh peminat Bailey setiap hari.

Akaun media sosial Bailey No Ordinary Cat menarik perhatian ramai orang, jadi apabila berita sedih bahawa kucing berusia 14 tahun itu meninggal pada 9 Disember, ramai peminatnya begitu sedih.

Berita yang menyedihkan itu membuat ramai peminat Bailey memberi kata-kata semangat kepada Abby dan adiknya, Hannah yang berusia empat tahun. Ramai juga yang mengirimkan surat dan kad yang kepada keluarga tersebut untuk memberikan sokongan yang sangat diperlukan dan “menunjukkan bahawa ada orang baik di dunia ini,” kata Puan Merryn.

Beliau juga berkongsi bahawa Abby khususnya sangat sedih kerana kehilangan ‘sahabat baiknya’, bertanya “mengapa Bailey perlu mati?” Dan “kenapa kita tidak boleh melawatnya di syurga?”

Pasangan ini tidak dapat dipisahkan dan peminat Bailey telah jatuh cinta dengan hubungan mereka yang begitu akrab. Tiga jam sebelum Bailey meninggalkan mereka, Abby menyanyikan lagu ‘You Are My Sunshine‘ kepada ‘sahabat baiknya’ buat kali terakhir.

“Terima kasih kepada semua yang menghantar kad, mereka nampaknya gembira menerima kad itu. Anda semua telah membuat masa sukar ini menjadi lebih mudah, “kata Puan Merryn.

Bailey benar-benar bukan kucing biasa dan walaupun keluarga ini mungkin akan memelihara haiwan kesayangan lain di masa depan, mereka pasti masih merindui Bailey.

Sumber: ERA BARU

1