Gajah Sedang Bunting Ditemui Di Atas Tanah

Berita mengejutkan diterima pagi sehari sebelum kita menyambut Aidilfitri. Tiga ekor gajah ditemui m4ti dipercayai m4ti dir4cun. Seekor daripadanya disyaki gajah betina sedang bunting.

Saksi kejadian yang mengetahui maklumat pelaku dan bukti mohon tampil supaya si kejam dapat diheret ke mahkamah dan dihukum seberat-beratnya. Email kepada malaysiaanimal@gmail.com dan sertakan nombor telefon yang boleh dihubungi. Maklumat peribadi pemberi maklumat dijamin rahsia.

Kita mohon seluruh rakyat Johor sebarkan berita sedih ini agar ianya sampai kepada pelaku dan keluarga si kejam ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, Jabatan Perhilitan negeri kini menjalankan aktiviti mengawal dan memantau di sekeliling kawasan tersebut yang menemukan tiga ekor gajah mati kelmarin.

Pihaknya mengesahkan tiga ekor gajah betina yang ditemukan mati di sebatang jalan di Kampung Sri Timur 3 itu adalah akibat diracun.

Namun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan pasukan forensik Ibu pejabat Perhilitan termasuk jika kematian tiga gajah tersebut melibatkan unsur jenayah.

“Hasil awal bedah siasat yang dijalankan mendapati ketiga-tiga ekor gajah mati kurang daripada 24 jam akibat termakan racun.

“Namun jenis racun yang dimakan masih belum diketahui kerana sampel hati dan ginjal ketiga-tiga ekor gajah perlu dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis toksikologi.

“Keputusan analisis toksikologi dijangka akan diperoleh dalam tempoh masa tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan di sekeliling kawasan mendapati sistem pagar elektrik persendirian yang dikendalikan sendiri oleh penduduk kampung di kawasan berkenaan tidak berfungsi yang menyebabkan gajah-gajah menceroboh kawasan berkenaan.

Berdasarkan saiz tapak kaki, gajah yang mati katanya, dianggarkan berumur kira-kira 18, 20 dan 22 tahun serta dipercayai gajah-gajah daripada pecahan kumpulan gajah ID Tenggara daripada Hutan Simpan Lenggor.

Menurut rekod Jabatan Perhilitan katanya, kumpulan pecahan gajah ID Tenggara terdiri daripada lima ekor gajah yang berkeliaran di kawasan Hutan Simpan Lenggor.

“Mengikut Data Populasi Gajah Jabatan Perhilitan juga terdapat lima kumpulan besar utama gajah di negeri Johor iaitu ID Jemaluang (20-30 ekor), ID Panti (30-40 ekor), ID Labis (5-15 ekor), ID Tenggara (25-30 ekor) dan ID Taman Negeri (kurang daripada 45 ekor),” katanya.

Beliau berkata, kes kematian gajah termakan racun bukan kali pertama berlaku di Johor kerana kes yang sama pernah berlaku pada 2018 melibatkan kematian seekor gajah jantan.

Kementeriannya melalui Jabatan Perhilitan amat serius dalam melaksanakan usaha pemuliharaan hidupan liar terutamanya gajah menerusi kerjasama dengan Malaysian Palm Oil Council (MPOC) untuk mensyaratkan pemasangan pagar eletrik di kawasan perladangan kelapa sawit berhampiran sempadan kawasan hutan simpan.

Jelasnya, langkah berkenaan bagi mengelakkan kawasan peladangan atau kawasan perkampungan diganggu gajah liar.

Menurutnya, gajah yang merupakan satu daripada lima spesies hidupan liar utama negara perlu terus dijaga untuk memastikannya sentiasa terpelihara dan tidak pupus.

Gajah dikategorikan sebagai hidupan liar yang disenaraikan di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) iaitu spesies yang dilindungi sepenuhnya, ujarnya.

Kementeriannya menyeru semua pihak supaya dapat menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perhilitan dengan menghubungi talian 1-800-88-5151 jika mempunyai sebarang maklumat mengenai kes kematian tiga ekor gajah tersebut.

Orang ramai juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes kematian gajah tersebut sehingga proses siasatan selesai. – UTUSAN ONLINE

3