Ganjaran RM 2000 Jika Dapat Mengesan Lelaki Ini

Ganjaran RM 2000 Jika Dapat Mengesan Lelaki Ini

Beberapa hari yang lepas telah tular satu video di mana seorang lelaki dilihat men3mb4k seekor monyet yang dikurung didalam sangkar hanya kerana gagal menyebut perkataan ‘baby sayang’.

Video berkenaan menerima kecaman dan membuatkan orang ramai berasa sangat mar4h dengan perlakuan tidak berh4ti p3rut lelaki tersebut.

Rata-rata netizen mahukan lelaki itu dit4ngkap dan diken4kan tindakan undang-undang. Pihak polis juga dilaporkan telah menerima laporan mengenai kejadian ini dan sedang berusaha mencari suspek.

Bagi membantu mempercepatkan proses menjejaki lelaki berkenaan, Persatuan Pencinta Haiwan Malaysia menerusi akaun Facebook mereka telah menawarkan ganjaran wang tunai RM2,000 kepada pemberi maklumat yang membantu menangkap suspek.

Animal Malaysia menawarkan ganjaran RM2000.00 tunai kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat siapakah pembunuh ini, dimanakah tempat tinggalnya, siapakah ibu bapanya dan maklumat lain hingga tertangkapnya pembunuh haiwan yang sadis ini.

Adakah benar perkara ini berlaku di Malaysia atau luar negara dan dialih bahasa menggunakan Bahasa Melayu?

Bagaimanapun, timbul keraguan sama ada video tersebut benar-benar berlaku di negara ini atau ia merupakan video yang dialih suara ke Bahasa Melayu sahaja.

Di samping itu, beberapa pengguna Facebook lain juga dilihat menawarkan ganjaran wang tunai tambahan kepada mereka yang membantu dalam menangkap si pelaku.

Menurut pihak polis, sekiranya didapati bersalah, pelaku boleh disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh haiwan.

Sumber: SIAKAP KELI

1