Hanya RM 9 Untuk Masuk Ke Dalam Studio Kucing Ini

Hanya RM 9 Untuk Masuk Ke Dalam Studio Kucing Ini

Pertama kali menjejak kaki ke dalam Penang Cat Studio dan Spa (PCSS), perasaan cukup menyeronokkan apabila melihat lebih 25 kucing pelbagai jenis dilepaskan bermain di dalam studio berkenaan yang dilengkapi alat penghawa dingin dan dekorasi khas seperti sebuah taman permainan kucing.

Cetusan idea dua rakan, Mohd Azhar Sharif Hussain, 35, dan Tengku Alifzaim Tengku Imran, 28, membuka PCSS pada 15 April lalu menjadi salah satu daya tarikan terbaru pada pengunjung tempatan mahupun pelancong asing ke Pulau Pinang.

Keunikkan PCSS bukan hanya sekadar studio untuk perkhidmatan spa kucing semata-mata yang dilengkapi pelbagai jenis kucing tetapi ia lebih istimewa ia turut disediakan perkhidmatan rawatan, mandian termasuk rawatan kesihatan dan aroma terapi.

Bayangkan di bawah satu bumbung terdapat kucing yang diimport dari luar negera seperti Maine Coon, Cornish Rex, British Short Hair, Turkish Angora, Sphink dan Highlander Fold serta banyak lagi yang pasti akan menarik perhatian ramai.

Lebih menarik, setiap kali pengunjung yang datang ke PCSS boleh melihat kucing-kucing ini di tatahias di depan mata selain pemilik-pemilik kucing yang ingin mendapatkan perkhidmatan dan rawatan turut disediakan pakej rawatan lengkap 11 dalam 1 pada hanya RM70 sejam.

Bagi Mohd Azhar, sejak PCSS dibuka sambutan yang diterima amat memberangsangkan kerana setiap hari tidak kurang antara 30 sehingga 120 pelanggan mengunjungi studio ini termasuk pada masa cuti hujung minggu.

“Kita mementingkan keselesaan dan keseronokkan pelanggan bukan sahaja dapat bermain kucing-kucing yang ada di sini tetapi turut sama dapat menimba ilmu dan tips penjagaan kucing yang sebenar termasuk mendapatkan produk makanan dan penjagaan kucing di PCSS.

“Bagi mereka yang ingin datang ke PCSS boleh membuat tempahan terlebih dahulu kerana untuk datang ke PCSS turut dikenakan caj RM9 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak selama satu jam,” katanya.

Sumber: ROJAK DAILY

1