Harimau Di Malaysia Hanya Tinggal Kurang Daripada 200 Ekor

Harimau Di Malaysia Hanya Tinggal Kurang Daripada 200 Ekor

Kehadiran Harimau di Bukit Besi, Dungun Terengganu baru-baru ini mengundang kebimbangan terhadap keselamatan haiwan hampir pupus tersebut.

Dikhuatiri sang harimau menjadi mangsa pembunuhan oleh penduduk akibat suasana panik takut diserang oleh raja rimba tersebut. Selain itu Animal Malaysia juga bimbang tentang aktiviti pemburuan haram oleh pemburu binatang liar yang sentiasa menanti peluang apatah lagi binatang terancam berharga ini sudah didepan mata.

Haiwan liar di Malaysia sudah menghampiri sama seperti keadaan di India apabila beberapa spesis terancam seperti Harimau Malaya, Harimau Kumbang, Tapir, Gajah dan Kongkang (Slow Lorris) sudah mula didapati berkeliaran di jalan raya dan kawasan penduduk padat.

Sehingga kini jumlah Harimau Malaya hanya tinggal tidak sampai 200 ekor di seluruh hutan di Malaysia. Inilah kesan penerokaan hutan akibat pembalakan, perladangan hutan, perkebunan, bandar baharu dan pembangunan serta taman rekreasi yang tidak terkawal. Haiwan liar ini keluar kerana kebuluran akibat kekurangan rantaian makanan dalam lingkungan habitatnya.

Keadaan berterusan ini amat membimbangkan, malaysia kini dikenali tempat tinggal harimau dan dalam beberapa tahun lagi harimau akan pupus kerana tangan manusia yang menebang pokok dan hutan sesuka hati

Sumber: ANIMAL MALAYSIA

3