Harimau Maybank Kejar Motorsikal Ketika Motor Bergerak Laju

Harimau Maybank Kejar Motorsikal Ketika Motor Bergerak Laju

Harimau merupakan haiwan yang melambangkan simbol kekuasaan, kekukuhan dan juga kekuatan. Selain dengan nama harimau, haiwan ini juga digelar sebagai ‘Pak Belang’ berikutan bulu pada badannya yang mempunyai corak belang. Haiwan ini juga merupakan salah satu haiwan yang g4rang dan merb4haya. Perkara ini kerana haiwan tersebut boleh meng4ncam kehidupan lain termasuk juga ny4wa manusia.

Berhadapan dengan haiwan tersebut merupakan peristiwa men4kutkan yang sukar untuk dilupakan oleh kebanyakan orang. Perkara ini kerana haiwan tersebut boleh mer4gut nyawa seseorang tanpa bel4s k4sihan. Menerusi sebuah rakaman yang tidak diketahui lokasi sebenarnya, dua orang yang menaiki motorsikal berhadapan detik cemas apabila dikejar oleh haiwan tersebut ketika dalam perjalanan merentasi hutan tersebut.

Rakaman berdurasi 9 saat itu memaparkan seekor harimau sedang mengejar dua orang penunggang motosikal. Merasakan keselamatan ny4wa mereka ter4ncam, penunggang tersebut mempercepatkan pergerakan motosikalnya supaya tidak dapat dikejar oleh harimau tersebut. Walau bagaimanapun, mereka boleh menarik nafas lega setelah harimau tersebut kembali memasuki semak di tepi jalan.

Insiden yang berlaku itu sudah pastinya menyebabkan rasa ket4kutan yang dialami oleh seseorang yang menghadapinya. Oleh itu, berikutan rakaman tersebut telah tular di media sosial, rata-rata warganet berkongsikan hujah mereka tentang aksi kejar-mengejar tersebut.

Sumber: ERA BARU

 

3