Ibu Kucing Belajar Cara Buka Pintu Untuk Bermain Di Luar

Ibu Kucing Belajar Cara Buka Pintu Untuk Bermain Di Luar

Kucing adalah sejenis haiwan yang penuh dengan sifat ingin tahu dan pandai berdikari. Haiwan yang sentiasa mendapat tempat di hati manusia ini gemar merayau ke sana sini dan kadangkala menjadikan kawasan rumah itu seperti hak miliknya sahaja!

Dalam video ini, seekor kucing comel yang diberi nama Pokey dianggap sebagai haiwan yang sangat istimewa. Untuk pengetahuan anda, Pokey adalah anak kucing terbiar yang dipelihara sejak kecil lagi.

Nasib Pokey sangat baik apabila kucing ini ditemui oleh sebuah keluarga yang pernah memelihara lebih daripada 90 ekor kucing jalanan! Bagaimanapun, ada sesuatu yang sangat istimewa kelihatan dalam diri Pokey sekali gus membuatkan tuannya mula jatuh cinta pandang pertama dengan anak kucing itu.

Pada suatu hari, sesuatu yang mengagumkan telah berlaku, Secara tiba-tiba, pemilik Pokey mulai perasan beberapa pintu di rumahnya mula terbuka sendiri tanpa pengetahuan mereka.

Setelah meneliti dengan lanjut, akhirnya mereka mengetahui ia adalah angkara Pokey! Nampaknya, Pokey sudah tahu cara-cara untuk membuka pintu dengan usahanya sendiri!

Menurut tuannya, Pokey mula belajar cara membuka pintu supaya Pokey boleh mendekati anak-anak kucing lain yang turut dipelihara di dalam rumah tersebut. Tujuannya bukanlah untuk mencederakan anak kucing itu tetapi untuk bermain-main dengannya.

Di setiap peluang yang ada, Pokey akan menjilat dan memeluk anak-anak kucing itu. Bukan sahaja itu, Pokey turut membawa mereka bersiar-siar di sekitar rumah dan hal ini telah merapatkan lagi jalinan hubungan antara Pokey dan kucing yang lain.

Anda juga pasti akan jatuh hati dengan sifat penyayang dan kepintaran yang wujud pada Pokey si comel ini.

Sumber: ERA BARU

1