Ibu Kucing Menangis Apabila Anaknya Diambil Oleh Manusia

Ibu Kucing Menangis Apabila Anaknya Diambil Oleh Manusia

Seekor ibu kucing kehilangan 2 ekor anak kucingnya dan setiap hari dia akan merayau mencari sekitar tempat dan berharap akan jumpa anaknya yang sangat disayanginya.

Kami telah menerima satu mesej daripada jessica kedalam page kelab pencinta kucing malaysia. Dia meminta bantuan kami agar menyebarkan berita ini supaya orang yang mengambil kedua ekor anak kucing dapat memulangkan semula atau mengambil sekali ibu kucing supaya dia tidak kesedihan.

Menurutnya, anak kucing itu telah diambil atau perkataan yang lebih tepat diculik daripada ibu kucing tanpa izin si ibu. Kesian ibu kucing mencari kedua ekor anak kesayangannya yang sedang menyusu badan.

Anak comel yang berwarna oren dan hitam itu merupakan satu satunya anak kepada ibu kucing. Memang tak dinafikan kedua ekor kucing itu sangat comel tapi kenapa ambil tanpa izin si ibu kucing. Kasihanilah ibu kucing, tak sanggup melihat ibu kucing yang murung dan cuba mencari anaknya keliling tapi tak jumpa

Saya berharap sesiapa yang terambil, terangkat, terculik anak kepada ibu kucing ini silalah ambil ibu kucing sekali. Kasihanilah ibu kucing yang mengharap anaknya muncul semula dapat rawatan yang rapi.

Tahun lepas ibu kucing ini kehilangan 4 ekor anak yang masih berada dalam kandungan dan tahun ini ketika sedang mencari makanan untuk anaknya dia telah kehilangan 2 ekor anak kucing lagi. Walaupun kucing tak boleh bercakap tapi kasihanilah ibu kucing ini yang mengeow dan berharap anaknya muncul kembali dihadapannya.

Sumber: FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

 

 

 

2