Isteri Mengidam Bawa Grab Food Ketika Mengandung

Isteri Mengidam Bawa Grab Food Ketika Mengandung

Ramai antara kita sudah tahu wanita kalau mengandung akan mengalami satu situasi yang dipanggil “mengidam”. Kebanyakan suami akan cuba menunaikan hajat isteri yang mengidam, kerana mahukan isteri sihat dan anak dalam janin berada dalam keadaan baik.

Mengidam bagi setiap wanita berlainan antara satu sama lain, ada perempuan mengidam makan ais dan ada juga mengidam bau ketiak suami. Setiap wanita akan mengidam berbeza ini yang menyukar kan kaum suami, adakala mengidam perkara senang seperti makan aiskrim ada kala mengidam pandu kapal terbang.

Menurut kajian, seramai 50% ke 90% wanita mengandung akan mengalami simptom “mengidam”. Pada kebiasaannya, wanita akan mempunyai ‘spesifikasi’ makanan atau keinginan yang harus dikabulkan oleh pasangan mereka.

Mungkin ramai dikalangan ibu hamil yang selalu mengidam untuk memakan sesuatu yang luar dari kebiasan namun lain pula terjadi kepada seorang ibu muda ini.

Status yang dimuat naik oleh haikal mazlan di twitter

Bimbang akan keselamatan isterinya yang sedang mengandung, sang suami menemani isteri menggunakan motor yang lain untuk memastikan isterinya berada dalam keadaan selamat. Baik sungguh hati suami

 

3