Itu Kucing Lah Bukannya Harimau, Pembaca Berita Berasa Malu

Itu Kucing Lah Bukannya Harimau, Pembaca Berita Berasa Malu

Anda mahu menahan ketawa atau tidak? Seekor kucing peliharaan menjadi mangsa ejekan dari sebuah stesen televisyen di Mississippi, Amerika Syarikat apabila seorang wartawan telah tersalah tafsir dalam segmen siaran langsung penampakan seekor harimau cougar.

Wartawan itu memulakan segmen dengan memperkenalkan dirinya, “Saya Scott Madaus yang tinggal di Fernando, Mississippi di mana didapati seekor cougar telah dilihat.” Kemudian beliau menoleh dengan bahunya sambil menunjukkan tempat harimau cougar itu dilihat.

Jurukamera menunjukkan rakaman ke arah kawasan tempat di mana wartawan ini menunjukkan tempatnya.

Secara rakaman dekat, jurukamera telah memfokus kepada seekor kucing belang yang sedang menjalankan urusan hariannya, dengan berjemur dan menyamarkan diri menjadi sebahagian dari belukar tempat ia sedang bersantai.

Tetapi kucing amat berkebolehan dengan pelbagai perkara misteri, termasuk dengan keupayaan mengubah tubuh badan dan wajah. Mungkin ini harimau cougar yang dimaksudkan.

Wartawan Scott Madaus ini menyambung laporannya dengan berkata, “Dan itu bukan cougar, itu seperti seekor kucing di rumah. Tetapi kita berada beberapa meter dari tempat di mana seorang lelaki tempatan merakam kelibat harimau cougar dengan kamera telefon bimbitnya.”

Kucing belang itu dengan bersungguh-sungguh merenung kamera dengan penuh karisma, sambil wartawan itu meneruskan laporannya. Kemudian ia berpaling dan melihat ke tempat lain sambil masih duduk di situ.

Wartawan Scott Madaus menunggu arahan kiu dan kemudian mengakhiri siaran langsung yang melucukan ini sambil berjanji akan memberikan laporan lanjut tentang kejadian tersebut.

Segmen siaran lansung ini hanya berdurasi 22 saat, tetapi amat melucukan dengan tajuk berita ‘Penampakan Kucing Besar’ di kaca televisyen sambil menunjukkan kucing belang yang sedang bersantai selamba itu.

Sumber: ERA BARU

1