Jangan Bela Kucing Sekiranya Menganggu Jiran Tetangga

Jangan Bela Kucing Sekiranya Menganggu Jiran Tetangga

Pada 5 Julai yang lalu Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan kepada rakyat malaysia jangan memelihara kucing di rumah mereka sekiranya hobi itu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran.

Beliau berkata pemilik kucing harus menjaga haiwan peliharaan mereka dengan terurus dan jangan membiarkan kucing itu bebas keluar ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Sedar tak sedar jika pencinta kucing tidak menjaga kucing dengan baik maka kucing itu akan menyusahkan jiran tetangga kita sebagai contoh “Jika kucing seseorang pergi dan membuang najis di rumah jiran tidak berdosa bagi jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain,” katanya menjawab soalan jemaah pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Mohd Asri juga berkata tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad SAW menyuruh umatnya memelihara kucing tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Sumber: BERNAMA

5