Jangan Lepaskan Peluang Untuk Bekerja Di New Zealand Terbuka Untuk Rakyat Malaysia

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Bekerja Di New Zealand Terbuka Untuk Rakyat Malaysia

Peluang dapat bekerja sambil melancong bagi anak muda menimba ilmu dan pengalaman berada di luar negara sudah pasti amat menyeronokkan. Di samping dapat menjana pendapatan dengan bekerja, mereka juga boleh mengembara dan melancong di negara idaman. Dan negara New Zealand yang cantik dan indah sudah pasti menjadi negara idaman kunjungan rakyat Malaysia untuk melancong dan juga bekerja.

New Zealand mengumumkan berita baik ini apabila menawarkan kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja sambil melancong apabila akan membuka permohonan visa bagi tujuan bekerja sambil melancong mulai 23 Januari 2019 bermula jam 5 pagi waktu Malaysia

Menurut laman sesawang rasmi Imigresen New Zealand, negara tersebut mempelawa rakyat Malaysia yang berusia di antara 18 hingga 30 tahun untuk bekerja atau belajar sehingga tempoh 6 bulan sambil menikmati percutian di New Zealand.

Walau bagaimanapun, syarat utama bagi pemohon ialah mereka perlu mempunyai simpanan wang minima dengan anggaran RM6,250.00 (NZD2,250.00) terlebih dahulu bagi tujuan menampung perbelanjaan sepanjang berada di negara itu. Anda perlu membuktikan memiliki wang dengan jumlah berkenaan sebaik tiba di New Zealand kelak.

Disamping syarat-syarat dan kriteria di bawah yang wajib anda patuhi bagi membolehkan menjadi pemohon yang layak :

1.Mesti berusia di antara 18 hingga 30 tahun.

2.Tidak boleh memegang jawatan atau bekerja tetap di New Zealand.

3.Pekerjaan tersebut mestilah yang sah dan dibenarkan menurut undang-undang New Zealand.

4.Anda tidak dibenarkan memberikan apa-apa jenis perkhidmatan seks secara komersial.

5.Anda tidak dibenarkan membawa anak-anak bersama ketika bekerja sambil melancong.

6.Bagi yang membawa pasangan, visa berasingan diperlukan bagi pasangan anda.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dan bayaran sebanyak RM578.00 (NZD 208.00) akan dikenakan, yang boleh dibayar melalui kad kredit atau kad debit. Permohonan akan diproses dalam masa 21 hari dan pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui e-mel.

Anda dinasihatkan supaya menyertakan dan menyedia lengkap segala dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan kerana anda mungkin akan diminta untuk memberikan segala butiran maklumat mengenai dokumen itu kelak sebagai bukti.

Untuk makluman, kuota bagi visa ‘working holiday’ atau bekerja sambil melancong untuk rakyat Malaysia ini adalah terhad kepada 1,150 pemohon yang layak sahaja dalam setahun. Bagi anak muda yang berminat, bersiap sedia lebih awal dengan wang yang mencukupi dan hantarkan permohonan anda dengan segera setelah tarikh permohonan dibuka.

Sumber: ERA BARU, WORLD OF BUZZ

1