Jangan Lupa Bayar Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan

Jangan Lupa Bayar Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan

Ramadhan bakal bermula dan berakhir tak lama lagi. Umat Islam dinasihatkan agar tidak lupa untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Pun begitu, zaman makin maju, teknologi pun makin canggih. Jadi, untuk anda yang mempunyai kekangan masa yang agak terhad, anda boleh membayar zakat fitrah melalui ‘online banking’ yang menawarkan servis tersebut.

Tujuan zakat fitrah ini adalah supaya sumbangan anda boleh diagihkan kepada golongan yang layak menerima sebelum menjelang Raya.

Senarai kadar bayaran zakat berbeza mengikut negeri, dibawah kami sertakan senarai penuh kadara bayaran harga zakat fitrah tahun 2019 seluruh negeri di Malaysia menerusi Majlis Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ)

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
Harus – Bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan

Wajib – Selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan

Waktu Afdhal – Selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri

Makruh – Selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari

Haram – Selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri

KADAR ZAKAT FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Sumber: SIAKAP KELI

7