Jangan Parking Menghalang Kereta Lain Kalau Tak Nak Kena Cat

Jangan Parking Menghalang Kereta Lain Kalau Tak Nak Kena Cat

Pada 18 Mei lalu, Facebook Mcclubz memuat naik beberapa gambar sebuah kenderaan MPV yang telah disembur dengan cat merah oleh seorang individu yang berang dengan pemilik kenderaan itu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kuala Lumpur di mana pemandunya meletakkan kenderaannya sesuka hati sehingga menyusahkan orang lain.

Sebaik saja pemandunya kembali ke kereta, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati kereta MPVnya disembur dengan perkataan ‘M4ti’, ‘Gila’ dan ‘Park Properly’ di sekeliling keretanya.

Tarikh dan lokasi kejadian tidak diketahui tetapi kereta itu telah dihantar ke sebuah bengkel di ibu kota untuk membersihkan semburan cat tersebut.

Gambar itu viral di media sosial dan menerima pelbagai komen dari netizen. Ada yang berpendapat pemilik kereta selayaknya menerima akibat dari perbuatannya itu, tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan individu yang melakukan vandalisme pada harta orang lain.

Sumber: THE REPORTER

2