Kaki Kucing Ini Menggigil Kerana Dia Lapar Nak Makanan

Kaki Kucing Ini Menggigil Kerana Dia Lapar Nak Makanan

Seekor anak kucing terbiar yang lapar berjalan terus ke arah seorang pemain papan selaju, meminta makanan dan kasih sayang. Lelaki itu sememangnya tidak melepaskan peluang!

Memperkenalkan… si anak kucing Margot!

“Saya menjumpainya pada suatu hari semasa sedang bermain papan selaju di luar. Anak kucing itu langsung tidak takut dan terus berjalan,” Casey Shaw bercerita kepada Love Meow.

Tubuh kecil itu dibaluti dengan bulunya yang kotor dan ia tidak henti-henti menyenguk dan terbersin. Si anak kucing itu menghampiri lelaki itu mengiau meminta makanan, dan Casey tahu dia tidak mampu meninggalkannya. Dia mengambil kotak kayu dari dalam keretanya, diletakkan anak kucing itu ke dalam kotak kayu tersebut dan terus membawanya berjumpa doktor haiwan.

“Pemeriksaan mendapati anak kucing itu mengalami jangkitan pernafasan atas, tungau dan jangkitan mata. Setelah diberikan rawatan sewajarnya, anak kucing itu kembali sihat dalam masa beberapa hari.”

“Pada waktu ini, saya tidak dapat bayangkan jika tidak berjumpanya. Ribut melanda keesokan harinya dan saya berasa patah hati memikirkan yang ia mungkin mati jika saya tidak berada di tempat itu pada masa yang tepat. Sedih juga memikirkan nasib kucing dan haiwan lain yang tidak bernasib baik sepertinya.”

Margot sedang tidur di atas ribaan, dan berdengkur. Ia sangat ceria mempunyai tempat untuk berteduh dan orang untuk disayangi.

Doktor haiwan menganggarkan anak kucing itu berusia 5 minggu semasa Casey menjumpainya. Sehingga hari ini anak kucing itu masih berasa sangat selesa menyusu bertemankan selimut dan menyonyot jari. Ia masuk akal kerana ia telah terpisah dengan ibunya terlalu awal. Beberapa hari kemudian, si anak kucing itu seolah-olah terjaga daripada mimpi. Si Kecil Margot mengambil keputusan untuk mencuba bermain papan selaju. Ia semula jadinya pandai!

“Ia sekarang adalah seekor kucing yang gembira dan suka bergurau, tinggal di dalam rumah yang penuh kasih sayang. Saya berbesar hati dapat memberinya kehidupan selayaknya.”

 

 

 

4