Kau Berkopiah Tapi Sanggup Kurung Kucing Ketika Waktu Panas Tanpa Bumbung

Kau Berkopiah Tapi Sanggup Kurung Kucing Ketika Waktu Panas Tanpa Bumbung

Aku tak peduli kau nak buang kucing ke apa, tapi jangan kau buang dengan keadaan terkurung macam ni la!. Dah kau kurung kau tegakkan sangkar bagi sempit plak tui!

Dah sempit tengah panas plak tu! Sekor dah mati kering kat situ kau tau tak! Aku tanya budak dekat situ dia cakap terkurung dari kelmarin lagi. Kau kenapa buat kucing macam tu? Yang besar tu bukan ibu dia boleh bagi susu… yang besar tu kucing jantan.

Ending cerita ni, time aku nak bawak balik kucing-kucing ni… ada hamba Allah datang mengaku dia buat benda ni, sebab apa dia mengaku, sebab aku nak bawak balik dengan sangkar² tu.

Sayang plak kau kat sangkar kau, siap cakap lagi buat RM60. Ah! menyirap darah aku! Tak padan kau berkopiah 24jam la! perangai kau  kalau kau rasa kucing-kucing ni ganggu kau buang elok² la! bukan bunuh macam tu.

Allahu… tak tau lah kenapa aku terbayang dia satu family terkurung macam tu juga.

Sumber: KAMARUL IZWAN

1