Kebenaran Kenapa Orang Melayu Tak Suka Anjing?

Kebenaran Kenapa Orang Melayu Tak Suka Anjing?

Baru-baru ini kecoh di media sosial kenapa penduduk kampung sanggup untuk R4CUN anjing? Kami juga sempat menulis berita tentang perkara ini dan setelah mempelajari kenapa mereka berbuat sedemikian dan membaca respond netizen daripada kalangan kaum melayu, india dan china.

Jadi Admin tergerak hati ingin berikan sedikit pendapat admin. Admin tulis artikel ini bukan untuk membuatkan kita benci pada anjing, tapi untuk menjelaskan sedikit kekeliruan. Orang melayu sebenarnya bukan benci anjing dan tak suka anjing tapi takut dengan kehadiran mereka. Ini cerita admin dengan anjing, beberapa tahun yang lepas sewaktu admin masih lagi bersekolah admin hampir diserang sekumpulan anjing.

Lebih kurang macam inilah rupa anjing tu, ada hitam dan coklat. Anjing yang kepung aku waktu tu bukan jenis anjing comel, kecil dan berbulu cantik macam anjing Jennie blackpink Kuma macam gambar di bawah yang jinak belaka.

Tapi anjing besar macam anjing polis yang unit k-9 dan memiliki gigi taring yang tajam. Entah daripada longkang mana tetiba mereka muncul datang dan cuba mengaum pada aku.

Aku hampir lari melarikan diri tapi aku tahu lagi bahaya kalau lari  dah lah aku tak kuat berlari. Jadi aku terpaksa berhadapan dengan mereka seperti tiada apa-apa. Tapi nasib aku baik sebab anjing tu alihkan perhatian kepada orang belakang aku, bila aku perasan dia dah lost interest dengan aku. Cepat cepat aku beredar daripada kawasan tersebut, selepas jarak aku dan anjing tersebut agak jauh aku toleh ke belakang dan mendapati sekumpulan anjing tu tengah kepung budak sekolah rendah 2 orang.

Waktu tu aku masih kecil dan takut kena gigit dengan anjing jadi aku jalan terus tak berani tolong, sampai ke sekolah aku report kepada cikgu aku. Sampai sekarang aku fobia dengan anjing kalau ada anjing dekat dengan aku, aku rasa macam nak lari. Huhuhu

Bukan admin seorang je yang pernah kena serang tapi ramai lagi, terutama nya orang melayu yang tak tahu nak jinakkan anjing.

Bahkan wartawan melayu pun pernah kena kejar anjing

Sebab tu aku faham kenapa pengerusi masjid dan orang kampung sanggup r4cun anjing, kehadiran mereka seperti tikus perosak yang mengganggu ketenteraman penduduk kampung. Aku tak salah kan mereka kalau mereka sanggup buat macam tu, sebab mereka fikirkan keselamatan anak-anak mereka yang takut diserang anjing.

Mereka dah laporkan pada pihak bertanggungjawab tapi masih tiada tindakan. Kalau anda ditempat penduduk kampung tu dan ada banyak anak yang kecil serta banyak anjing liar di kawasan sekitar apakah yang anda akan lakukan? Saya tanya anda sebagai seorang ibu bapa.

Jadi kepada orang cina dan india yang membela anjing, train lah anjing anda supaya menjadi jinak dan tidak mengejar orang. Jika anda sayang kepada anjing jalanan dan mahu mereka diselamatkan saya cadangkan anda selamatkan lah mereka dan jadikan mereka haiwan peliharaan. Saya harap orang cina dan india memahami kami yang tak tahu nak jinakkan anjing dan juga berdepan dengan anjing ketika dalam situasi cemas seperti ini.

Admin nak minta juga kepada kaum cina dan india jawapan anda sebagai seorang ibu bapa. Apa yang akan anda lakukan?

2