Keistimewaan Pelihara Kucing Yang Ramai Orang Tak Tahu

Keistimewaan Pelihara Kucing Yang Ramai Orang Tak Tahu

1. Sebagai terapi mental dan emosi
Memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi apabila anda memelihara seekor kucing. Kucing adalah teman yang paling manja dan setia sewaktu anda dalam kesunyian. Kajian mendapati bahawa mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.

Bukan itu sahaja, apabila anda membelai kucing anda akan dapat membantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan jika anda pulang dari kerja pasti si dia sudah tunggu di depan pintu sambil mengiau.

2. Menjaga Kesihatan Fizikal

Percaya atau tidak kucing akan beri kesan positif dalam diri anda untuk kebaikan kesihatan anda. Hasil dipada pemerhatian juga menunjukan bahawa pesakit yang sentiasa bersama kucing akan lebih awal keluar dari hospital dan kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisal yang tinggi meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah. Ini akan mengundang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Jadi penurunan kimia cartisol dalam badan akan meningkatkan kesihatan apabila risiko terhadap penyakit-penyakit yang dapat dibendung.

3. Membantu pesakit autism

Membela kucing benar-benar membantu dalam penyakit autism ini. Hal ini dibuktikan beberapa keluarga yang mempunyai anak autism ini dapat dijadikan kucing sebagai terapi dalan kesukaran untuk komunikasi.

4. Untuk dapatkan tidur anda secukupnya

Bagi seorang wanita, mereka lebih suka tidur dengan kucing daripada pasangannya. Hal ini melaporkan bahawa mereka tidur lebih baik dengan seekor kucing daripada dengan manusia. Bukti menunjukkan 41 peratusan orang dalam kajian menunjukkan bahawa wanita tidur lebih baik kerana binatang peliharaan dan hanya 20 peratus berkata bahawa binatang peliharaan membawa kepada gangguan.

5. Mendisiplinkan diri dan membentuk sifat bertanggungjawab

Kucing seharusnya diberi makan dengan teratur dan mengikut waktu. Sebagai tuan kucing, anda mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yan perlu dihidangkan kepada kucing-kucing anda. Pemilik kucing harus bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak kejiranan. Kita seharusnya memahami bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang mengganggu ketenteraman awam.

6. Mendapat pahala dan dimurahkan rezeki

Selain daripada sedekah kepada orang susah, membela kucing juga sebagai cara untuk kita menuai ganjaran pahala daripada Allah SWT kelak. Kucing ialah haiwan yang mempunyai perasaan yang dizahirkan dengan cara yang tersendiri. Kucing antara haiwan yang boleh mengadu dan berdoa kepada Allah SWT dan barangkali kehidupan kita menjadi bahagia dek kerana doa seekor kucing.

Sumber: SIAKAP KELI

2