Kejadian 1 Ramadhan, Gadis Berdiri Di Tengah Tengah Rumah Rentung

Kejadian 1 Ramadhan, Gadis Berdiri Di Tengah Tengah Rumah Rentung

PAPARAN emosi yang cukup meruntun jiwa berjaya diterjemah seorang jurufoto dalam mengabadikan kediaman jirannya yang hangus dijilat api pada malam pertama Ramadan, Ahad lalu. Bukan ingin tular mahupun berniat menarik perhatian sesiapa, namun koleksi gambar itu sekadar untuk kenangan semata-mata.

Bercerita kepada mStar, Fitrin Ruslee, 29, mengakui sebak tatkala merakam sisa-sisa kediaman yang musnah itu, pada Selasa. Dia yang mesra disapa sebagai Fitrin turut menjadikan anak bongsunya, Noreen Aqilah, 3, sebagai model dalam sesi ‘photo shoot’ berkenaan.

“Saya sembang-sembang dengan tuan rumah, saya minta izin untuk ambil gambar sebagai ingatan. Dia kata tak ada masalah, sekurang-kurangnya ada juga gambar kenangan rumahnya. Anak bongsu saya yang jadi model, dia memang dah terbiasa dengan kamera. Jadi dia faham bila saya bagi arahan.

“Sejujurnya, memang sebak masa tu. Terasa emosinya, saya boleh bayangkan sekiranya situasi itu berlaku kepada anak saya. Rasa tak sampai hati,” ujar jurufoto berusia 29 tahun itu sewaktu dihubungi. Saya sembang-sembang dengan tuan rumah, saya minta izin untuk ambil gambar sebagai ingatan. Dia kata tak ada masalah, sekurang-kurangnya ada juga gambar kenangan rumahnya.

“Anak bongsu saya yang jadi model, dia memang dah terbiasa dengan kamera. Jadi dia faham bila saya bagi arahan. Sejujurnya, memang sebak masa tu. Terasa emosinya, saya boleh bayangkan sekiranya situasi itu berlaku kepada anak saya. Rasa tak sampai hati,” ujar jurufoto berusia 29 tahun itu sewaktu dihubungi. Ada dalam 70 keping gambar. Selain gambar dengan anak, saya juga menggunakan dron untuk ambil gambar dari udara.

“Saya terfikir untuk hasilkan photobook, InsyaAllah akan diserahkan kepada tuan rumah sebagai kenangan nanti,” kata bapa kepada dua anak itu. Mengimbas kejadian di Kampung Tersusun Air Kuning, Kampung Gajah, Perak itu, Fitrin pada ketika itu tidak berada di rumah, sebaliknya sedang menjayakan sesi photoshoot di Kampar.

“Sewaktu kebakaran, ada orang hubungi beritahu mengenai kebakaran rumah jiran. Mereka turut maklumkan api sedang merebak ke rumah saya. Saya minta mereka pecahkan pintu untuk selamatkan album gambar. Ada berbelas-belas album gambar yang belum diserahkan, kalau terbakar peninglah nak menjawab dengan pengantin,” ujarnya lagi. Tambah Fitrin lagi, jirannya kini menetap di rumah keluarga mereka di kampung sama buat sementara waktu.

Sumber: mStar

2