Kerana Suka Bermain Di Ladang Babi, Kaki Gadis Ini Muncul Ketulan Aneh

Kerana Suka Bermain Di Ladang Babi, Kaki Gadis Ini Muncul Ketulan Aneh

Akibat bermain tanpa memakai kasut di ladang babi, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dihinggapi j4ngkitan yang meng3rikan di tapak kakinya.

Memetik Jurnal Perubatan New England, kaki mangsa dijangkiti par4sit ‘tunga penetrans’ selama 10 hari sehingga menyebabkan r4dang kulit. J4ngkitan itu berpunca dari kutu pasir yang tinggal di dalam kulit kaki kanak-kanak berkenaan yang diperoleh dari ladang babi di sebuah perkampungan di Brazil.

Difahamkan, jangkitan kutu itu kebiasaannya berlaku di kawasan terpencil atau miskin di kawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Kutu pasir betina menyembunyikan dirinya dalam kulit kaki, di bahagian jari kaki dan tumit. Sekurang-kurangnya 100 telur kutu akan melekat pada lubang kecil di kulit kaki. Namun, kebiasaannya telur itu akan jatuh ke tanah dan menetas.

Dalam masa kira-kira tiga minggu, parasit itu m4ti dan gejala pada kulit akan berkurangan. Menurut laporan 2013 yang disiarkan dalam PLOS Neglected Tropical Diseases, penduduk di kawasan epidemik atau miskin berisiko dijangkiti semula dan boleh mempunyai sehingga ribuan kutu pasir yang tert4nam di kulit mereka.

Walaupun kadar jangkitan Tunga penetrans tidak pernah dikira, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 20 juta orang berisiko mendapat jangkitan itu di Amerika Syarikat. Sementara itu, laporan terbaru berhubung kanak-kanak berkenaan mengatakan doktor telah berjaya membuang beberapa kutu pasir dari kakinya sambil merawat lukanya itu.

Sumber: THE REPORTER

1