Kesian Anak Anjing, Terjatuh Dalam Lubang Jamban Dan Tak boleh Keluar

Kesian Anak Anjing, Terjatuh Dalam Lubang Jamban Dan Tak boleh Keluar

Di Beijing Satu rakaman video menunjukkan detik-detik sekumpulan anggota bomba di China menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap di dalam lubang tandas telah viral di internet.

Anggota bomba itu telah dipanggil selepas anak anjing itu terjatuh ke dalam lubang tandas dan gagal dikeluarkan oleh pemiliknya.

Rakaman berkenaan menunjukkan hanya kepala anak anjing itu yang kelihatan di lubang tandas yang sempit manakala seluruh anggota badan anjing itu telah termasuk dalam lubang jamban.

Anggota bomba pada mulanya mengalami kesukaran untuk mengeluarkan anak anjing itu akibat lubang tandas yang sempit dan badan haiwan itu yang licin.

Bagaimanapun, selepas beberapa minit mencuba mengeluarkannya, seorang anggota bomba berjaya memegang telinga haiwan itu dan menariknya keluar daripada lubang jamban.

Anak anjing itu kelihatan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berlari ke arah tuannya sejurus dilepaskan

Seorang anggota bomba berkata, mereka sering dipanggil untuk menyelamatkan haiwan yang terperangkap di lokasi yang sukar dijangka contohnya di dalam lubang jamban.

Sumber: HARIAN METRO

4