Kesian Anjing Ini, Satu Persatu Anaknya Diambil Manusia

Kesian Anjing Ini, Satu Persatu Anaknya Diambil Manusia

Kasih sayang ibu sememangnya tidak dapat menandingi apa pun perkara di dunia ini tidak kiralah sama ada ianya kasih sayang daripada seorang manusia atau haiwan…

Di Korea Selatan, kebiasaannya setiap rumah akan memelihara anjing yang bertujuan untuk menjaga kawasan rumah daripada dimasuki pencuri. Namun, kebanyakan anjing-anjing ini tidak dimandulkan menyebabkan mereka kerap melahirkan anak.

Justeru, setiap kali anjing melahirkan, pemilik anjing akan menyerahkan anak anjing untuk dijaga oleh jiran tetangga, saudara-mara atau sesiapa sahaja yang menginginkannya. Ini sudah menjadi perkara biasa dilakukan oleh kebanyakan pemilik anjing di Korea Selatan khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman.

Baru-baru ini, seorang wanita di Korea Selatan berasa amat menyesal kerana tindakannya menyerahkan enam ekor anak anjing kepada orang lain menyebabkan ibu anjing itu menjadi murung dan tidak gembira.

Dikatakan ibu anjing ini telah melahirkan tujuh ekor anak anjing. Namun, tuannya telah memberikannya seekor demi seekor anak anjing kepada orang lain untuk dijaga. Tindakan tuan anjing ini menyebabkan si ibu enggan makan makanan yang diberikan oleh tuannya dan sentiasa menyendiri.

Setelah memberikan kesemua enam ekor anak anjing kepada orang lain, tuannya menyangka ada seekor lagi anak anjing yang masih belum diserahkan tetapi dia tidak menemui anak anjing yang ketujuh itu di mana-mana.

Bagaimanapun pada suatu hari, secara tiba-tiba ibu anjing ini mula makan makanan yang disediakan. Pada awalnya, tuannya tidak begitu mengambil perhatian akan perubahan positif ibu anjing ini. Tetapi lama-kelamaan, tuannya mula menyedari bahawa kesemua makanan itu tidak dimakan sebaliknya dibawa oleh ibu anjing ke dalam hutan.

Justeru, tuannya bertindak mengikuti ibu anjing ini masuk ke dalam hutan untuk mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku…

Pada saat itulah, dia mendapati terdapat seekor anak anjing yang disembunyikan oleh si ibu anjing. Di kawasan berdekatan juga dia menemui tin-tin makanan yang selama ini dihidangkan untuk si ibu anjing.

Misteri kehilangan anak anjing ketujuh akhirnya terjawab! Rupa-rupanya si ibu anjing telah menyembunyikan anaknya itu dan setiap hari datang ke hutan sambil membawa makanan.

Akhirnya, pemilik anjing ini faham dan bersimpati dengan naluri ibu anjing yang enggan berpisah dengan anaknya. Justeru, dia mengambil keputusan untuk memelihara kedua-dua ibu dan anak anjing itu bersama agar mereka boleh kekal bahagia selama-lamanya…

Peristiwa yang menyentuh hati ini membuktikan bahawa haiwan turut memiliki hati dan perasaan…

Sumber: ERA BARU

1