Kini Tapir Pula Yang Masuk Ke Kawasan Manusia Selepas Harimau

Kini Tapir Pula Yang Masuk Ke Kawasan Manusia Selepas Harimau

Pada hujung minggu yang lepas, kita digemparkan dengan berita penularan video yang memaparkan dua ekor harimau ‘jinak’ yang memasuki kawasan perkampungan serta menjilat seorang lelaki tua.

Terkini, Jabatan Perhilitan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Seremban dilaporkan telah berjaya menyelamatkan seekor tapir yang dipercayai tersesat masuk ke kawasan perumahan Lavender Heights di Senawang, Negeri Sembilan.

Menurut hantaran di laman Facebook Angkatan Pertahanan Awam Seremban tersebut, mereka telah menerima laporan mengenai kehadiran haiwan berkenaan daripada penduduk dan terus menghantar anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.

Mereka berjaya mengepung tapir tersebut dalam halaman sebuah rumah sebelum menghubungi Jabatan Perhilitan seterusnya menangkap haiwan terbabit dan berjaya menyelamatkannya Tapir itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya

Sumber: FB Angkatan Pertahanan Awam Seremban

4