Kucing Aku Kena Hempas Dengan Anak Kawan Datang Beraya Di Rumah

Kucing Aku Kena Hempas Dengan Anak Kawan Datang Beraya Di Rumah

Menjelang hari raya, pelbagai kisah dan ragam manusia tular di laman sosial. Ada yang lucu, menginsafkan, tak kurang juga menyedihkan dan menyebabkan amarah.

Seorang pengguna Twitter, Nurush Shahindah berkongsi rasa sedih kerana kucingnya telah menjadi lum puh akibat hentakan yang kuat, samada akibat terjatuh ataupun dipu kul.

Kami tak tuduh sesiapa pun
“King (nama kucing) ada masalah gangguan saraf dan otot, akibat dari hentakan kuat dibahagian kepala atau tengkuk.. Hentakan tu mungkin terjatuh atau kena pukul. Kami tak tuduh siapa siapa pun.

“Mungkin King jatuh kita tak tahu tapi cuma kejadian berlaku selepas orang ramai datang bertandang di rumah kami. Yang boleh gerak mata, mulut dan ekor jer.. yang lain kaku macam orang lumpuh,” katanya kepada penulis.

Semalam, King akhirnya pergi.

Walaupun punca masalah King tidak diketahui, ramai yang berkongsi pengalaman buruk mereka apabila kucing kesayangan disakiti anak-anak tetamu yang datang ke rumah.

“My beautiful boy is gone. Kena cekik dengan budak kecil,” kongsi NaeimZkri.

Tambahnya lagi, jawapan mak budak tu memang menyakikan hati

“Bila aku menangis angkat dia, mak budak tu gelak je tengok aku, kata,
“Tak apa la budak-budak, kucing tu apa la sangat.”

Tanggungjawab ibu bapa jaga anak
Kanak-kanak tetap akan berperangai seperti kanak-kanak. Bermain, menjelajah dan mencuba perkara baru. Namun ibubapa lah yang patut menjaga dan mendidik mereka supaya menjaga adab di rumah tetamu. Jika semua salah anak-anak dibiarkan, bila anak akan belajar bertanggungjawab?

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan sampai bila anak mula keras kepala dan menderhaka, baru kita sedih ditengking anak sendiri.

Berikut merupakan pautan asal Nurush Shahindah.

Sumber: SIAKAP KELI

2