Kucing Boleh Jatuh Sakit Kerana Makan Coklat, Kismin Dan Kacang

Kucing Boleh Jatuh Sakit Kerana Makan Coklat, Kismin Dan Kacang

TERDAPAT banyak objek di rumah yang boleh membahayakan keselamatan anak anda dan kerana itulah kita semua memastikan persekitaran dalam rumah selamat untuk anak-anak.

Namun, sering kita lupa bahawa perkara sama harus dilakukan demi menjaga keselamatan haiwan peliharaan seperti kucing.

Objek yang kelihatan tidak membahayakan untuk manusia mungki memberikan kesan sebaliknya kepada haiwan.

Ini termasuklah makanan seperti kacang almond, walnut, pekan, bawang merah, bawang putih dan daun kucai. Semua ini adalah beracun untuk haiwan peliharaan.

Selain itu, anggur dan kismis juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, manakala coklat pula boleh mengakibatkan ‘arrhythmias’, kekejangan dan kematian ke atas haiwan.

Jadi, anda harus memastikan semua makanan dan kekacang tersebut dijauhkan daripada kucing atau anjing!

Begitu juga halnya dengan ubat-ubatan dan bahan kimia. Sekiranyanya anda menjauhkan semua itu daripada dicapai oleh anak-anak, peraturan sama terpakai ke atas haiwan di rumah.

Ubat-ubatan yang dihasilkan untuk manusia boleh menyebabkan haiwan peliharaan mengalami sakit perut, penyakit gastrousus, ulser, kegagalan hati dan buah pinggang sekiranya dimakan.

Bagi sesiapa yang mempunyai bahan tambahan ‘anti-freeze’ di rumah, jangan biarkan objek tersebut diletakkan di kawasan yang mudah dicapai oleh haiwan.

Bahan yang terdapat dalam ‘anti-freeze’ mengeluarkan bau manis dan mengandungi etilena glikol yang amat disukai oleh anjing. Bahan ini adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan kerosakan saraf dan kekejangan

Sumber: mStar

1