Kucing Comel Berjaya Di Klonkan Di China

Kucing Comel Berjaya Di Klonkan Di China

Di Beijing tujuh bulan selepas haiwan peliharaan seorang lelaki di China mening galkan dunia, seekor kucing baka ‘British shorthair’ kini dihidupkan kembali apabila berjaya diklonkan.

AFP melaporkan, kucing baru bernama Garlic II itu kucing pertama diklon Sinogene yang berpangkalan di Beijing, China pada 21 Julai lalu, malah syarikat berkenaan dilaporkan sudah mengklon lebih 40 anjing peliharaan dengan kos AS$53,000 (RM221,458), manakala harga bagi kucing klon mencecah AS$35,000 (RM146,246).

New York Times melaporkan, Huang Yu, 22, yang kehilangan kucing kesayangannya, Garlic, pada Januari lalu nekad menggali semula bangkai kucingnya dan membekukannya di dalam peti ais agar dapat menyediakan sampel DNA Garlic kepada pihak Sinogene.

“Garlic tidak akan dapat ditukar ganti. Ia tidak mempunyai anak sebagai penyambung generasinya, jadi saya memilih untuk mengklon kucing itu,” kata Yu. Untuk mencipta Garlic 2.0, saintis menggunakan sel kulit asal Garlic dan menanamnya ke dalam telur kucing untuk menghasilkan 40 embrio klon.

Ketua pasukan eksperimen Sinogene, Chen Benchi memberitahu Times, embrio kemudiannya dipindahkan kepada kucing pengganti yang akan bunting tiga kali namun hanya satu menjadi penuh. Walaupun Garlic 2.0 kelihatan sihat, Yu mengaku dia sedikit kecewa kerana anak kucing itu tidak serupa sepenuhnya dengan kucing asalnya yang mempunyai sedikit bulu berwarna hitam pada dagunya. “Tetapi saya tetap menerimanya apabila wujud beberapa keadaan disebabkan teknologi yang terbatas.”

Ketua pegawai eksekutif Sinogene, Mi Jidong berkata, walaupun harga pengklonan agak tinggi, tidak semua pelanggannya dari golongan mewah. Malah, sebahagian besar pelanggan adalah golongan muda yang baru menamatkan pengajian. Walau apa pun haiwan peliharaan itu, pemilik melihatnya sebagai sebahagian daripada keluarga. Pengklonan haiwan kesayangan memenuhi keperluan emosi generasi muda,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO

2