Kucing Cuba Menyorok Apabila Dibawa Berjumpa Doktor

Kucing Cuba Menyorok Apabila Dibawa Berjumpa Doktor

Jika anjing akan menangis apabila dibawa bertemu dengan doktor haiwan, kucing pula akan menyorok!

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter Ashly Perez berkongsi gambar kucingnya James yang menyorok ketika dibawa bertemu dengan doktor haiwan.

Jika dilihat, cara James menyorok di dalam lubang bakul sampah itu memang cukup menggelikan hati tetapi rupa-rupanya ramai lagi netizen yang menghadapi situasi yang hampir sama apabila membawa kucing peliharaan mereka bertemu doktor haiwan.

Seperti Samantha Cobb@sm_cbb, kucingnya terus masuk ke dalam singki.

Joshua Thompson@BlackpeelJDT pula berkongsi gelagat kucingnya yang turut menyorok apabila dibawa bertemu doktor haiwan.

Bagi Certified Bitch@MirandaDunkle86, kucingnya juga tidak terkecuali untuk menyorok apabila dibawa bertemu doktor haiwan.

Kucing peliharaan PB@saraPBdubois pula menyorok di bawah peti sejuk kecil!

Kucing Emily@EmilyWhalen1 pula akan menyorok di dalam mana-mana almari dan menunjukkan muka senyum seperti menahan kesakitan apabila ditemui di tempat menyoroknya.

Bermacam-macam gelagat kucing yang dapat dilihat ketika dibawa bertemu dengan doktor haiwan. Mungkin kucing peliharaan anda pun begitu juga?

Sumber: ERA BARU

2