Kucing Dan Anjing Dimakan Untuk Panaskan Badan?

Kucing Dan Anjing Dimakan Untuk Panaskan Badan?

WARGA asing dari Vietnam mendakwa daging haiwan seperti kucing, anjing dan biawak dapat memanaskan badan mereka ketika suhu sejuk.

Demikian pengakuan beberapa warga Vietnam selepas ditanya mengapa mereka memilih untuk makan daging haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing di negara ini.

Tien, 30, lelaki warga Vietnam yang sudah lebih tiga tahun bekerja di negara ini mendakwa, mereka makan daging kucing dan anjing kerana ia dapat memanaskan badan.

“Di negara kami, cuaca amat sejuk sekitar Oktober dan ketika itu, kami maka daging haiwan seperti anjing dan kucing bagi memanaskan badan.

“Namun ketika berada di negara ini, budaya makan daging haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing ini menjadi ikutan menyebabkan ada segelintir daripada kami yang terus menjadikannya sebagai makanan seperti ketika berada di Vietnam,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Menurut Tien yang bekerja di kilang elektronik, dia sudah lama tidak makan daging kucing serta anjing dan kali terakhir makan ketika berada di kampung halamannya dahulu.

“Memang ada ada rakan-rakan yang makan daging haiwan peliharaan di negara ini, namun kebanyakannya sudah pulang ke negara asal.

“Kami tidak makan daging ini setiap hari dan ia hanya mengikut musim,” katanya.

Harian Metro, hari ini melaporkan ada segelintir pekerja warga Vietnam yang bekerja dan tinggal di kawasan Seberang Jaya, memburu kucing dan anjing untuk dijadikan juadah.

Perbuatan itu turut mendapat perhatian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri yang akan terus melakukan pemantauan dari masa ke semasa dan meminta orang ramai membuat aduan sekiranya mempunyai maklumat berhubung aktiviti itu.

Sumber: HARIAN METRO

1