Kucing Dan Dolphin Bercium

Kucing Dan Dolphin Bercium

Perbezaan sebenarnya bukanlah titik penamat kepada hubungan yang dikenali sebagai ‘persahabatan’. Kita mungkin berbeza antara satu sama lain tetapi tiada salahnya untuk kita berteman dengan mereka yang berlainan latar belakang dengan kita. Bukankah perbezaan itu sebenarnya untuk diraikan?

Seperti kucing dan ikan lumba-lumba ini, tiada apa yang boleh menghalang persahabatan mereka. Pelik bukan melihat kucing bermain dengan hidupan marin seperti ikan lumba-lumba? Tetapi tiada yang boleh menafikan bahawa hubungan mereka adalah sesuatu yang sangat unik dan luar biasa.

Pertemuan antara dua haiwan berlainan spesies ini telah dirakamkan oleh kamera apabila seekor kucing mendekati gigi air ketika berada dia ats sebuah bot. Dia hanya memandang ke dalam air seolah-olah dia ternampak akan sesuatu.

Pada mulanya, kucing itu kelihatan bingung dan curiga akan makhluk yang dilihatnya di permukaan air itu. Tetapi selepas beberapa saat, dia mulai selesa dengan kehadiran ikan lumba-lumba itu. Mereka mula bermain bersama. Kucing tersebut mula mencuba untuk menyentuh ikan lumba-lumba itu dengan kakinya, manakala ikan lumba-lumba itu mencium kucing comel itu.

Sebuah pemandangan yang sangat indah bukan? Melihat mereka yang berbeza spesies juga boleh bermain dan berkawan membuktikan bahawa persahabatan itu sesuatu yang istimewa!

Tonton video di bawah untuk menyaksikan sendiri hubungan antara kucing dan ikan lumba-lumba ini. Anda pasti akan turut merasakan kehangatan persahabatan mereka. Unik dan comel!

Sumber: ERA BARU

1