Kucing Dewasa Memeluk Anak Kucing Ketika Gempa Bumi Berlaku

Kucing Dewasa Memeluk Anak Kucing Ketika Gempa Bumi Berlaku

Berikut adalah sebuah video yang memberikan kegembiraan dan keriangan pada diri anda. Ia memaparkan seekor kucing dewasa sedang bermain-main dengan seekor anak kucing yang merupakan ahli baru dalam keluarga tersebut. Walau bagaimanapun, ketika gempa bumi melanda dan kucing dewasa segera bertindak untuk melindungi anak kucing tersebut.

Kadang-kadang ia boleh menjadi sukar untuk memperkenalkan haiwan baru kepada haiwan peliharaan dalam rumah, terutamanya jika kucing dewasa bertemu dengan anak kucing. Dalam video ini, kucing putih itu dapat kelihatan menggigit, menolak malah melompat keatas anak kucing tersebut seolah-olah seperti membulinya.

Walau bagaimanapun, apabila gempa bumi melanda pada minit ke 2:30 di dalam video tersebut, semuanya berubah. Kucing putih yang terkejut itu segera merapatkan dirinya kepada anak kucing tersebut. Meletakkan kakinya pada anak kucing itu untuk melindunginya ketika sepanjang gegaran sedang berlaku.

Sungguhpun kucing dewasa itu berada dalam keadaan berjaga-jaga memerhati keadaan sekeliling sambil melindungi anak kucing tersebut, nampaknya anak kecil itu tetap tidur lena tanpa menyedari kejadian cemas yang berlaku. Anak kucing itu sungguh bertuah kerana mempunyai penjaga yang amat menyayanginya.

Lihatlah bagaimana kucing dewasa tersebut bertindak mengikut nalurinya untuk melindungi anak kucing tersebut ketika gemba bumi melanda.

Sumber: ERA BARU