Kucing Ditemui Dalam Keadaan Keras Ketika Musim Sejuk

Kucing Ditemui Dalam Keadaan Keras Ketika Musim Sejuk

Dengan adanya kumpulan pelindung kebajikan haiwan serta individu-individu yang menyayangi makhluk kecil ini, semakin banyak haiwan yang diselamatkan daripada sebarang kes pendeeraan, pengaaniaayaan dan sebagainya. Artikel ini akan mengongsikan salah satu detik terindah dalam peristiwa penyelamatan seekor anak kucing kecil yang terperangkap di dalam kebekuan salji.

Kisah ini bermula ketika sebuah keluarga sedang meluangkan masa bersama dengan bermain salji di kawasan luar rumah mereka. Secara tiba-tiba, salah seorang daripada ahli keluarga ini menjerit kepada bapa mereka setelah melihat ada seekor anak kucing terbenam di dalam lapisan salji yang tebal itu.

“Ayah! Ada kucing mati di sini,” jerit kanak-kanak itu kepada bapanya, Justin.

Mendengar jeritan kuat anaknya, Justin segera berlari mendekati anaknya itu untuk melihat sama ada kucing berkenaan masih boleh diselamatkan atau tidak. Setibanya di tempat kejadian, Justin mendapati mata kucing itu terbuka luas. Namun, badannya kaku dan tidak bergerak.

Mereka segera membawa anak kucing yang malang ini ke dalam rumah dan cuba memberikan bantuan kecemasan serta memanaskan badannya. Lama-kelamaan, mereka mula merasakan degupan nadi yang perlahan pada dada kucing itu.

Setelah menekan perlahan dada kucing berbulu putih bersih ini, anak kucing ini mula bernafas. Gembira dengan berita itu, mereka memutuskan untuk menamakan si comel ini sebagai Lazarus.

Pada masa yang sama, mereka yakin bahawa Lazarus adalah seekor kucing jalanan memandangkan Lazarus tidak memakai sebarang rantai. Khuatir dengan keselamatan Lazarus jika dibiarkan merayau sendirian di musim sejuk itu, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan mereka.

Pada awalnya, agak sukar untuk membuatkan Lazarus menjadi tenang dan selesa berada di rumah itu. Lazarus kelihatan sangat gementar dan sentiasa berlegar-legar di sekeliling rumah.

Namun begitu, setelah diberi makan dan dibelai dengan penuh kasih-sayang, Lazarus mula menunjukkan sifat penyayang dan manjanya…

Kini, kucing yang bertuah ini mempunyai kehidupan yang bahagia bersama keluarga baharunya.

Sumber: ERA BARU

1