Kucing Ditemui M4TI Terikatt Di Tiang Lampu

Kucing Ditemui M4TI Terikatt Di Tiang Lampu

PETALING JAYA: Beberapa gambar seekor kucing yang m4ti disekksa di Taman Klang Jaya, Klang tersebar di media sosial dan mengundang amarah netizen.

Semalam, Wong Che Wey, 32, memuat naik gambar-gambar itu ke Facebook selepas beliau ternampak bangkaii haiwan itu diikat pada tiang lampu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Menurutnya, beliau ternampak kucing itu dengan kedua-dua kaki hadapannya diikat pada tiang lampu berhampiran rumahnya pada jam 6.30 petang Rabu.

Beliau terkejut dengan penemuan bbangkai kucing itu kerana tidak pernah menjangkakan tindakan kej4m sedemikian akan berlaku di kejiranan yang aman dan tenteram.

“Saya telah tinggal di sini selama 30 tahun. Ini kali pertama saya lihat kekej4man sedemikian,” katanya kepada FMT.

Jelasnya, beliau sedang mengesan pelaku terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran-jirannya.

Che Wey berkata, memang ada banyak kucing dan anjing terbiar di kawasan perumahan itu dan sudah beberapa tahun Majlis Perbandaran Klang tidak menangkap haiwan-haiwan jalanan itu.

Beliau berkata, kucing malang itu telah melahirkan empat ekor anak kucing yang kini dijaga seorang jirannya yang sudah berusia.

Che Wey kemudiannya mengebumikan kucing itu.

Catatannya di Facebook dibanjiri komen-komen yang mengecam tindakan keji itu.

Thomas Seah berpendapat: “Kucing itu tidak bersalah. Pesalah itu perlu dihukum kerana menyeksa haiwan.”

Seorang lagi pengguna Facebook, Radzi Nazri Hartanah menyuarakan kesedihannya terhadap kekejaman ke atas kucing itu.

Timmy Kueh turut mengutuk perbuatan kejam itu dengan menyifatkan ia adalah “tindakan pengecut”.

Sementara itu, Facebook Cherishlife Home memuat naik sekeping gambar seekor anjing liar yang dikelarr dan dibiarkan matii di luar sebuah restoran di Jalan Kuchai Maju 9, ibu negara dua hari lalu.

Catatan itu memaklumkan sukarelawan Cherishlife Home telah mengambil bangkai anjing itu yang dinamakan Candle untuk dikebumikan dan merayu orang ramai supaya tidak mencederakan haiwan-haiwan tidak bersalah.

Sumber: FMT

1