Kucing Gemuk Merayu Supaya Diberikan Makanan

Kucing Gemuk Merayu Supaya Diberikan Makanan

Gambar dan video seekor kucing yang mempunyai saiz badan besar merayu makanan daripada tuannya, mencuri perhatian para pengguna laman sosial Facebook.
Keadaan tubuh kucing dengan perut memboyot itu membuatkan ramai pengguna laman sosial memberikan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen.

Kucing berkenaan dimiliki oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama profil, Hassan Manja.

Rata-rata mereka yang telah menonton video tersebut melahirkan rasa kasihan dan kebimbangan terhadap haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W itu dan berpendapat dengan keadaan fizikalnya yang besar akan memudahkannya diserang pelbagai penyakit.

Ramai yang menggesa agar pemilik kucing itu mengurangkan jumlah pemberian makanan kepada haiwan itu setiap hari agar obesitinya dapat diturunkan.

Ain’s Mansor dalam ruangan komen menulis: “Kurangkan makannya. Berbahaya untuk kesihatan, jangan ingat kucing tiada penyakit.

Shafinaz Mustafa pula berpandangan: “Kesian sangat tengok dia nak berjalan pun susah, harap pemiliknya dapat bawa haiwan itu berjumpa doktor veterinar untuk pemeriksaan.

Video yang kini diviralkan di internet itu telah ditonton lebih 148,628 kali dan lebih 2,259 orang menyukainya.

https://www.youtube.com/watch?v=qCcAyf1eqHo

Sumber Rakyat Post

 

2