Kucing Ini Adalah Datuk Bandar Di Alaska

Kucing Ini Adalah Datuk Bandar Di Alaska

Stubbs, kucing yang menjadi datuk bandar tidak rasmi dan tarikan pelancong di bandar ini, mati pada usia 20 tahun, kata pemiliknya.

Keluarga Spone dalam satu kenyataan berkata, Stubbs mati ketika dia sedang  tidur di tempat tidurnya  pada malam Khamis lalu.

“Ia bertindak sebagai pengawal hingga hari akhir hayatnya,” kata keluarga itu.

Mengikut laporan berita, kucing itu yang gemar minum dan makan makanannya dari gelas margarita, dipilih sebagai datuk bandar tidak rasmi di sini pada 1997 dan semua orang menganggapnya sebagai datuk bandar

Keluarga Spones memelihara Stubbs apabila membeli kedai runcit Nagley dan sebuah restoran daripada pemilik asalnya pada 2015.

Stubbs, yang terselamat dalam serangan anjing pada 2013 menjadi tarikan pelancong ke sini, bandar kecil yang dihuni kira-kira 900 penduduk berhampiran Taman Negara Denali, kira-kira 100 kilometer ke utara Anchorage.

Stubss adalah seekor kucing oren yang comel dan telah berusia, pemergian nya amat dirasai oleh penduduk berhampiran taman negara denali.

Dia telah menjadi datuk bandar pada tahun 1997 sehinggalah tahun 2017 kini dah setahun pemergian Stubbs

Sumber: BERITA HARIAN

1