Kucing Ini Berasa Pelik, Kenapa Tuannya Tidak Suka Akan Hadiah Yang Dibawanya

Kucing Ini Berasa Pelik, Kenapa Tuannya Tidak Suka Akan Hadiah Yang Dibawanya

Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan kucing, adalah menjadi perkara biasa apabila kucing akan menunjukkan penghargaan dan kasih sayang dengan membawa hadiah kepada pemiliknya. Hadiah ini selalunya datang dari hasil sesi pemburuan seperti membawa burung, tikus dan pelbagai hidupan kecil yang lain.

Hasilnya, pemilik yang tidak bersyukur pasti tidak akan mengalukan pemberian hadiah seperti ini. Sehingga ia menimbulkan rasa keliru dan mengecilkan hati kucing kesayangan ini yang tidak memahami mengapa hadiah berharga pemberiannya sering ditolak secara berterusan.

Perkara ini telah terjadi kepada Baloo, seekor kucing yang dimiliki tuannya bernama Ben. Ben berkata, “Baloo dilihat selalu berwajah keliru dan sedih apabila saya menolak hadiahnya dan ini telah membuatkan diri saya berasa serba salah.”

Ini adalah Baloo, seekor kucing yang tidak memahami mengapa tuannya, Ben selalu menolak hadiah dengan ingatan tulus ikhlas pemberiannya seperti burung dan tikus.

Kata Ben, “Baloo selalu berwajah keliru dan sedih, yang telah membuat diri saya berasa serba salah.”

Jadi Baloo telah membuat keputusan untuk mencuba beberapa taktik lain bagi menarik perhatian tuannya.

Baloo kemudian menyedari dalam hatinya dengan berkata, “Oh! Selepas beberapa waktu, tentu dia mula menjadi agak jengkel dan bosan apabila menerima pemberian hadiah haiwan separuh bernyawa yang dilontar ke atas dadanya setiap hari”

“Ben mungkin akan menghargai suatu pemberian yang lebih baik, suatu benda yang kurang… bernyawa.”

Ben berkata, “Ia mengambil masa selama beberapa bulan untuk saya menolak hadiah pemberiannya, sehingga Baloo mula membawa hadiah berupa daun kepada saya.”

Untuk menunjukkan dirinya seekor kucing yang bijak dan memahami perasaan orang lain, Baloo membawakan pemberian kasih sayang untuk tuannya, Ben dengan hadiah berupa daun yang cantik dan besar.

Kadangkala Baloo akan membawa ranting menggantikan daun, sebagai salah satu cara mempelbagaikan pemberian hadiah supaya tuannya, Ben tidak berasa bosan dan menghargai pemberiannya.

Tetapi baru-baru ini, Baloo menemui cara paling malas untuk menunjukkan rasa penghargaan dan kasih sayang kepada pemiliknya, Ben.

Kata Ben, “Apabila saya berasa sedih dan gusar, Baloo akan melompat ke atas saya lalu menolak saya ke belakang supaya saya dapat berbaring dan bertenang…”

“Dan Baloo akan duduk dengan badan berbulu gebunya di atas dada saya sambil membelai serta mengusap muka saya dengan wajah dan hidungnya yang amat comel!”

Sumber: ERA BARU

1