Kucing Ini Disangka Baru Berusia 2 Bulan, Tapi Umurnya Jauh Lebih Tua Dari Wajahnya

Kucing Ini Disangka Baru Berusia 2 Bulan, Tapi Umurnya Jauh Lebih Tua Dari Wajahnya

Seekor kucing yang hidup dalam kesukaran telah menemui kehangatan rasa sayang dalam hidupnya. Dia telah diterima dalam kalangan manusia. Sekali pandang wajahnya dan badannya anda akan menyangka dia baru berusia 2 bulan tapi umurnya jauh lebih tua daripada sangkaan anda.

Ketika kucing ini ditemui, dia telah dibawa untuk diselamatkan di pusat perlindungan haiwan untuk tinggal disana dan menerima bantuan perlindungan daripada manusia.

Ketika doktor memeriksa nya, mereka terkejut usia kucing itu jauh lebih tua kerana menyangka umurnya baru 2 bulan tapi umur sebenarnya adalah 11 bulan. Dia terbantut daripada membesar.

Semua kucing yang diselamatkan memiliki saiz normal, tapi hanya dia seekor sahaja yang unik. Kamu boleh agak dia seekor kucing dewasa hanya melihat pada muka dan giginya tapi badannya seperti anak kucing yang masih kecil.

Seorang pencinta haiwan telah datang ke pusat perlindungan haiwan untuk memilih kucing yang bakal dibela. Dia berhenti sejenak apabila terjumpa kucing ini.

“Kali pertama saya jumpa kucing ini, dia nak naik atas badan saya untuk dipeluk,” Kata Tara

Mereka menamakan kucing ini sebagai TEnnesee dan terus membawa dia pulang untuk dijaga. Dia telah sediakan rumah dan mainan kepada kucing itu. Pada akhirnya kucing itu telah bertemu dengan orang yang menyayangi nya.

 

1